Tuesday, June 16, 2009

KDYTM Tengku Puan Pahang Mencemar Duli ke Majlis Pelancaran Haknuk

Majlis Pelancaran Buku Haknuk dan Perasmian Karnival Usahanita berjalan dengan lancar.Majlis ini disempurnakan oleh KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU PUAN PAHANG, TENGKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI AL-MUTAWAKKIL'ALALLAH SULTAN ISKANDAR AL-HAJ.Tahniah dan syabas buat para penyelidik buku Haknuk.Buku Haknuk merupakan buku cooffee table yang julung-julung kalinya diterbitkan oleh Universiti Malaysia Pahang.Kandungan buku ini merakamkan perjalanan dan pengalaman pelajar UMP ketika menjalankan aktiviti Projek Semaian Kasih bersama masyarakat orang asli suku kaum Semai di Kampung Kuala Boh, Cameron Highlands.






Majlis yang sangat menarik bagi aku..Aku dapat lihat mengenai pengurusan majlis yang melibatkan protokol diraja.InsyaAllah boleh diaplikasikan untuk eXpoconvo'09 yang akan datang..Tahniah dan syabas buat seluruh warga Universiti Malaysia Pahang dalam menjayakan Majlis Pelancaran Buku Haknuk dan Perasmian Karnival Usahanita UMP.


No comments: