Sunday, November 20, 2011

Renungan bersama

 
Sumber dari fb sorang teman
Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
... Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi SOLEHAH…….

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi SOLEH…..
 p/s:ku cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH

Tuesday, October 18, 2011

Bersangka baik sesama insan

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang cerdik sungguh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia cerdik sungguh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH.

p/s : Pesanan untuk diri sendri..Susah sangat nk berbaik sangka..Tp insyaAllah akan usahakan untuk memperbaiki diri..

sumber dari halaqah.net

Wednesday, June 15, 2011

Anak menakan baru



Alhamdulillah bertambah lagi sorang anak menakan(anak sedara) aku. My sister selamat melahirkan baby gurl pada 11 Jun 2011 jam 1130 malam. Awal setengah jam ja.Kalo tak boleh celebrate besday sama-sama ngan kakak dia, Aleesya 12/6. So semua anak menakan aku sekarang dah jd 3 orang dan semuanya pmpn. Nama belum decide lagi.
Mungkin kekalkan nama Qistina kat depan macam kakak-kakak dia.
Qistina Adriana, Qistina Qalesya.
Belum decide lagi.Yang penting ada makna yang baik.Kan?


p/s : Bau yang paling sedap adalah bau baby

Friday, June 10, 2011

Jom Derma Organ

Menurut World Health Organisation (WHO) rakyat Malaysia adalah antara penderma organ yang terendah di dunia. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin : Hanya 17 orang di kalangan 28 juta rakyat  Malaysia yang menderma organ pada tahun 2009. Ternyata jumlah penderma organ di Malaysia tersangat lah rendah kalo nak compare dengan negara Barat seperti Spain, Britain dan Australia. Dan setakat ini ada 12, 1300 pesakit dalam waiting list untuk organ donation.

Masih ramai pesakit yg memerlukan pemindahan organ. Dan ramai di antara kita yang takot dengan istilah 'Derma Organ'.So aku nak artikel tentang derma organ menurut perspektif Islam.

Pendermaan Organ Menurut Perspektif Islam


Hukum Pendermaan organ bukan lagi persoalan baru di Malaysia. Fatwa asas mengenainya telah dibuat sejak pada tahun 1970 lagi. Jawatankuasa Fatwa Bagi Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam mesyuaratnya yang pertama pada 23 & 24 Jun 1970 telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung daripada orang mati kepada orang hidup hukumnya harus.
Orang Islam masih beranggapan bahawa  individu yang menderma organ seolah-olah akan tidak sempurna jasadnya ketika dikebumikan kelak. Namun sebenarnya Islam tidak melarang akan proses pendermaan organ ini  kerana ia sesuatu amalan yang mulia dan satu lagi bentuk kebajikan.


Dari sudut Islam, pemindahan organ hukumnya adalah harus berserta dengan syarat-syarat seperti di bawah:
• Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit
• Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma dan penerima organ.
• Pendermaan organ hendaklah dilakukan dengan ikhlas dengan niat untuk membantu kerana Allah S.W.T.
• Pendermaan organ hendaklah mendapat keizinan penderma dan ahli keluarga atau warisnya.

Fatwa-fatwa di Malaysia Berkaitan Pendermaan Organ
 • 1965 Fatwa negeri Perlis mengharuskan pemindahan kornea daripada orang yang telah meninggal dunia.
• 1970 Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan pendermaan organ daripada penderma kadaverik kepada penderma hidup.
• 1989 Majlis Fatwa Kebangsaan menerima diagnosis mati otak sebagai diagnosis untuk kematian.
• 1995 Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan penggunaan graf tisu untuk merawat pesakit.
• 1997 Fatwa negeri Sarawak mengharuskan pemindahan ginjal daripada penderma hidup dan penderma yang telah meninggal dunia.

Pendermaan Organ Sebagai Sedekah jariah
 Menurut ulama  terkenal, Syeikh Yusof al-Qaradhawi, pendermaan organ terangkum di bawah satu daripada tiga amalan yang akan memberikan pahala berterusan selepas seseorang itu meninggal dunia. Beliau mengkategorikan perbuatan menderma organ sebagai sedekah jariah. Beliau juga berhujah mengenai keharusan pendermaan organ dengan mengatakan bahawa daripada dibiarkan jasad dimamah tanah selepas kematian, adalah lebih baik organ yang boleh digunakan itu didermakan bagi tujuan menyelamatkan nyawa orang lain.

Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 23 Jun 1970 menetapkan garis panduan tertentu yang mengharuskan pendermaan dilakukan iaitu:
* Pemindahan organ boleh dilakukan selepas tiada pilihan atau jalan akhir untuk menyelamatkan seseorang yang organnya tidak berfungsi.
* Penderma atau pengikrar organ sudah disahkan meninggal dunia.
* Kebenaran diperoleh daripada ahli keluarga si mati.
* Tidak ada unsur perdagangan atau jual beli bagi organ itu.

Keputusan Lujnah Fatwa (Jawatankuasa Syariah)
 1. Pemindahan atau pendermaan organ adalah haram dalam keadaan bukan darurat, manakala hukumnya harus dalam keadaan darurat.
2. Orang yang mati otak adalah dihukumkan mati.
Pemindahan organ ada dua keadaan iaitu:

i)  Keadaan penderma masih hidup

* Menjalankan kajian perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan.
* Dengan reda penderma, tanpa paksaan.
* Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya.
* Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga.
* Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jual beli, dagangan dan jual beli hanya akan mengundang perbuatan khianat yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.
* Kebenaran bertulis daripada penderma dan penderma dibolehkan menarik balik pada bila-bila masa.

ii) Keadaan penderma yang telah mati

* Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan, ia memerlukan pemeriksaan rapi.
* Dengan reda penderma, melalui wasiat ataupun waris-waris dan perakuan daripada kerajaan.
* Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya atau dalam erti kata lain, pemindahan itu dijamin berjaya.
* Dilakukan pemindahan itu dengan penuh disiplin ilmu, iman dan takwa, penghormatan yang sewajarnya kepada si mati mengikut hukum syarak serta tiada unsur-unsur penghinaan.
* Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga.
* Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jual beli, hanya akan mengundang perbuatan jenayah yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.

 Mati otak
 * Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara professional tentang berlakunya mati otak.
* Digalakkan mendapat persetujuan dari keluarga terdekat dari suami, anak, ibu dan bapa.
* Perakuan tentang berlakunya mati otak hendaklah dilakukan oleh sekurang-kurangnya tiga doktor profesional (doktor Islam diutamakan).
* Sekiranya dengan kecanggihan rawatan perubatan (sains dan teknologi) boleh mengubat, maka suasana ini gugur.

sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia( JAKIM)

p/s : Daftar lah sebagai penderma organ. Nak taw macam mana caranya? daftar kt sini   Nanti korang akan dapat kad ikrar sebagai penderma organ.

Thursday, May 26, 2011

Resipi Triffle Koktail


Bahan – bahan :
1 tin  buah koktel
1 biji kek
1 kotak Kristal jelly perasa strawberry
1 tin susu cair
3 sudu the tepung kastard
1 biji kuning telur
Gula secukup rasa
500 ml susu dutch lady full cream
1 sudu tepung jagung

1)Potong kek nipis-nipis ½ inch. Susun dalam bekas rapat-rapat.
2)Masak kastard( refer cara memasak kastard). Tuang kastard yang siap dimasak di atas lapisan kek.
3)Tunggu sampai kastard keras, tuang buah koktail di atas lapisan kastard.
4) Tuang agar-agar Kristal jelly yang siap dimasak. (refer cara memasak Kristal jelly)


Cara memasak kastard :
1)      Bancuh tepung kastard dengan sedikit susu cair supaya tidak berketul. Masukkan dalam periuk
2)      Masukkan kuning telur dan susu cair yang selebih tadi. Masak di atas api yang perlahan. Kacau supaya tidak berketul. Kacau sampai pekat. Masukkan gula secukup rasa dan air koktail. (Buah simpan untuk hiasan)
3)      Tuang kastard yang siap dimasak ke atas lapisan kek tadi.
4)      Tuang jelly di atas lapisan buah koktail tadi(Refer cara memasak jelly)
5)      Masuk dalam peti sejuk
Cara hidangan : Letak cream atas triffle koktail. (Refer cara membuat cream).Boleh guna whipping cream.


Cara memasak jelly:
Didihkan 400 ml air. Selepas air mendidih, masukkan serbuk jelly. Kacau. Tutup api. Kacau  agak-agak dalam  5 minit( jangan sampai jelly beku), tuang jelly di atas lapisan buah koktail tadi.

Cara membuat cream :
Masukkan susu dutch lady full cream, 1 sudu tepung jagung dan gula secukup rasa dalam periuk. Kacau sampai masak. ( nak taw masak ka dak, sampai dia tak rasa tepung). Masukkan dalam peti sejuk.




Koktail buah


Kristal Jelly
Taada..ni lah hasilnya

P/s : nampak macam sedap kan? memang sedap..Selamat mencuba =)

Tuesday, May 24, 2011

Tercabar aku!


Entry kali bunyi macam serius
Memang serius
Aku betul- betul tercabar sekarang ni
Nak taw sebab apa?

Ni suma pasal Junior Masterchef Australia
Mana tak nya bila tengok budak-budak yang umur baru 8 - 12
memasak mcm chef
Italian food, pastri, kek serba serbi pandai
fuhh memang tabik spring la kat diorang
Aku yang tua bangka pun tak pandai masak lg..huhu


Isabella,12 Juara Junior Masterchef Australia


Gaya memang pro




Peserta paling kecik Lucy, 11


Kesemua 12 peserta

Penah baca 1 artikel pasal budak-budak ni
Kebanyakan diorang memang da memasak sejak umur kecik lagi
Yang Isabella ngn kembar dia, Sofia tu umur 2 thn lg mak dia da bwk masuk dapur
Patut la diorang pandai
Praktis make perfect kan

So mulai dari sekarang
Aku pun nak praktis memasak

Next entry : resipi triffle koktail

Monday, May 23, 2011

Tragedi Tanah Runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat

KAJANG: Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim Malaysia Madrasah Al-Taqwa di Batu 14,Hulu Langat, dekat sini, telah ditemui awal pagi ini - menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban dalam kejadian itu seramai 16 orang.
Mayat terakhir yang dikenali sebagai Boboy, 11, ditemui pada pukul 5.05 pagi Ahad.
Manakala tiga lagi mayat yang hanya dikenali sebagai Riz, Fahad danHazim yang kesemuanya berusia 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi.
Seorang penghuni yang tercedera dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal di Hulu Langat, Sabtu. - Foto BERNAMA

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superitanden Azman Ayob berkata, dengan penemuan empat lagi mangsa, jumlah mereka yang terkorban dalam tragedi berkenaan ialah seramai 16 orang.
"Mangsa yang terkorban adalah seramai 16 orang termasuk seorang daripadanya dewasa, manakala sembilan lagi yang terperangkap telah berjaya kita keluarkan dalam keadaan selamat," katanya kepada media di lokasikejadian pagi ini.
Menurut beliau lagi, operasi berkenaan disambung semula pada pukul 8 pagi setelah dihentikan buat seketika.

"Kita hendak pastikan tiada lagi mangsa yang terperangkap," katanya.
Operasi mencari dan menyelamat bermula pada pukul 2.45 petang iaitu beberapa ketika selepas kejadian itu berlaku. Ia dihentikan seketika menjelang pukul 5.30 pagi Ahad.
Terdahulu, sehingga jam 11 malam semalam, pasukan mencari dan menyelamat telah berjaya membawa menemui dan membawa keluar 12 mayat dari tempat kejadian. Insiden malang dan menyayat hati itu berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu.

Polis memaklumkan sehingga menjelang tengah malam, sembilan ditemui dalam keadaan selamat tetapi tercedera.
Pada waktu itu, polis juga mengesahkan seramai empat lagi mangsa yang masih belum ditemui.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di tempat tragedi tanah runtuh kira-kira pukul 11.05 malam.
- Foto THE STAR Oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

Terdahulu, sehingga pukul 7 malam, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang dan Hospital Ampang untuk rawatan.
Beliau berkata, rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang penghuni termasuk pekerja.
Tambahnya, kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.
"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," katanya.
Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.
Ketika kejadian kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.
Ekoran itu, bangunan setingkat itu musnah sama sekali dan sebuah surau berdekatan turut terkena runtuhan tanah itu.
Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat sehingga pukul 7 petang ini.
Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, ketika ditemui di tempat kejadian berkata, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

sumber dari mstar online

p/s: Dari Allah kita datang, kepadanya jua kita kembali. Sedekah kan Al-fatihah untuk semua mangsa yang terkorban

Saturday, May 14, 2011

Tips how to become a powerful presenter

 
Ini bulan lepas punya cerita.I have attend powerful presentation skills training last month. The presenter who's a consultant and have experience for more than 20 years in this area. Gile la sgt Wow, superb bila tgk presenter tu bercakap..aku sgt jeles ok...Hopefully I can be like him one day..sapa taw kan..and i also penah berangan2 nak jd consultant.. So I just want to share  what I have learn during that training.Luckily i don’t felt asleep, tersengguk-senguk at that time =)
Tips how to become a powerful presenter :
1)Know the audience
- You should know your audience. Who are they? What are their needs? Knowledge? Approach your presentation from your audience perspective - not your perspective.

2)Apply the 3 Vs
Vocal - Make sure you use the right pitch, volume during presenting.Speak loud enough so everyone can hear. And also you need to pause. Jangan cakap cepat sangat mcm bullet train.
Verbal - Use proper grammar and pronounce word correctly. And emphasis words yang mana perlu ditekankan
Visual -
eye contact : focus on each person
facial expressions : avoid tense facial muscles, constant smilling. (Senyum perlu tapi xperlu sepanjang masa nak senyum)
posture : when standing, stand up straight but not stiff. Watch out for : hands in pockets, crossed arms, wringing hands.
 head movements : be aware of head movement and what they convey.
nodding = affirmation
shaking = denial
tilting = curiousity / uncertainty
holding head high = confidence

3) Manage your fear
No matter what nervous symptoms you experinece before your presentation, you're normal and not alone!  Tetiba la kan rasa macam nak luruh jantung bila bercakap depan orang ramai. Some people feel anxious that they will make embarrasing ,mistakes, forget what they are going to say, look nervous, sound boring, but its normal! The secret is to control nervousness.
Take deep breath
Psych Talk - talk to yourself positive word; 'Yes I Can Do It!'
Preparation - Be prepared. Do some research about what you are going to present.
Practise - Keep practising. Bercakap depan cermin ke, its really work!based on my experience..hehe

p/s : Its not what are you say. But how you say it!

Monday, May 9, 2011

Kasih dan sayang

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah,ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Wednesday, April 20, 2011

Andai Ini Takdirnya

copy paste from blog yien 
Matanya asyik memandang jam tangannya. “Baru 10 minit. Tak mengapa, sabar dulu.” Jus oren di hadapannya dihirup perlahan sambil memerhatikan pengujung restoran yang kian lengang, tak seperti kebiasaannya. Selepas sejam setengah, baru orang yang dinantinya tiba, ditemani oleh rakannya yang turut dikenalinya. “Baru nak balik…”

“Assalamualaikum, maaf lewat. Lama Faiz tunggu? Ada hal tadi.”

“Waa’laikumussalam. Tak mengapa, sejam setengah sahaja.” Entah ikhlas memaafkan atau sekadar menyindir. “Tempah la dahulu. Kemudian baru kita bincang.” Selepas membuat tempahan makanan, Faiz bersedia untuk memulakan bicara.

“Sebenarnya Faiz panggil Nadia ke mari untuk bincang sesuatu yang penting. Faiz memang tak pandai go around the bush, jadi Faiz rasa baik Faiz straight-to-the-point. Sebenarnya, Faiz dah lama menyimpan perasaan pada Nadia. Bukan sejak kita pertama kali jumpa, tetapi setelah kita bekerjasama dalam menjayakan Kem Pemimpin Muda di Pulau Pangkor dulu. Perwatakan Nadia ketika itu buat Faiz tertarik pada Nadia untuk terus mengenali diri Nadia. Maaf jika ini dikatakan kurang sopan, tetapi Faiz ikhlas ingin menjadikan Nadia sebagai menantu kepada ibu bapa Faiz.”

Nadia yang pada mulanya begitu tenang, terus berubah riak wajahnya. Mukanya yang semula jadinya hitam manis bertukar merah. Safiah di sebelahnya pula mula mengekek ketawa.

“Faiz bukan paksa Nadia untuk terima Faiz sekarang. Faiz akan bagi Nadia masa. Fikirkanlah yang terbaik untuk masa depan Nadia. Masa depan kita. Buatlah solat istikarah, dan jika perlu, bincanglah dengan mak ayah, kemudian baru beritahu saya jawapan Nadia. Faiz bukan mahu janjikan janji-janji manis tetapi hanya sekadar luahan hati untuk melengkapkan sebahagian agama Faiz.” Sebaik sahaja Faiz menuturkan kata-kata itu, tempahan mereka sampai dan tiada lagi perkataan yang terkeluar daripada mana-mana mulut, baik Faiz atau Nadia mahupun Safiah. Selepas habis makan, Nadia terus memohon untuk pulang kerana sudah hampir tengah malam.

Sejak pertemuan di restoran itu, isu itu tidak pernah lagi ditimbulkan. Faiz pun tak pernah berani untuk bertanyakan kepada Nadia tentang keputusannya. Hari kuliah tetap diteruskan seperti biasa. Walaupun mereka kerap bertemu dan bertanya khabar sama ada bersua muka ataupun secara online, soal hati dan perasaan itu tetap tidak pernah ditimbulkan lagi.

“Hari ini aku akan tanya dia. Dah tiga bulan. Tak cukup lagi ke masa untuk dia fikirkan jawapannya?” Jadi, Faiz segera mengambil telefon Nokianya dan mendail nombor Nadia.

“Assalamualaikum”

“Waa’laikumussalam. Nadia sibuk ke? Kalau sibuk, Faiz boleh telefon lain kali.”

“Eh, tak mengapa. Nadia baru habis buat lab report. Sekarang tengah rehat. Ada apa Faiz telefon ni?”

“Emm, ok. Faiz telefon Nadia sebab… Macam ni, macam mana dengan luahan hati Faiz? Nadia dah ada jawapannya? Dah 3 bulan masanya. Masih tiada jawapan lagi ke?” tanya Faiz dengan penuh pengharapan.

Situasi senyap. Setelah beberapa ketika berdiam diri, akhirnya Nadia menjawab ”Kalau tentang hal itu, Nadia minta maaf sangat-sangat. Nadia memang ada buat istikarah tapi tak pernah tanya mak dan abah sebab Nadia rasa tak perlukan libatkan mereka tentang benda ni. Jawapannya tidak buat masa ini. Nadia nak kejar cita-cita Nadia dahulu. Sanggup ke Faiz nak tunggu? Nadia ada 5 tahun lagi nak habis belajar.”
“Lagipun, jujurnya Nadia tak berapa percaya pada perasaan Faiz tu sebab Nadia tak nak mula percaya dengan janji manis lelaki. Mungkin perasaan Faiz tu sebab kita rapat sahaja. Ramai dah kawan Nadia yang kena tipu dengan kata-kata manis bicara kaum Adam. Nadia tak mahu jadi macam tu. Harap Faiz faham.”
“Namun, Nadia tetap percaya andai ada jodoh, pasti akan bersama juga akhirnya. Kalau ada jodoh, tak perlu bercinta atau bercouple pun, akan bersatu juga. Dan kalau tiada jodoh, walaupun bercinta sampai tak ingat dunia pun tetap akan berpisah. Jadi buat masa ini, Faiz, tak perlulah fikirkan pasal benda ini. Malah Nadia rasa yang Faiz boleh cari yang lebih baik dari Nadia.”
“Nadia minta maaf andainya Faiz tertunggu-tungu dengan jawapan Nadia. Dan inilah jawapan Nadia Buat masa ini. Biarkan hubungan ini kekal sebagai sebuah persahabatan dan Nadia harap agar Faiz tak menunggu Nadia. Andai ada hati lain yang datang, janganlah tutup pintu hati Faiz untuk terima orang lain semata-mata untuk tunggu jawapan Nadia.“

“Pergh, panjang pulak jawapan dia ni. Dah macam gaya ustazah pun ada ini. Memang tak salah pilihan aku.” bisik hati Faiz. “Terima kasih atas jawapan itu. Faiz terima keputusan Nadia. Buat masa ini, Faiz tetap pilih Nadia. InsyaAllah, Faiz akan terus tunggu. Thanks again for your answers. Assalamualaikum.”

Selepas dijawab salamnya, Faiz mematikan panggilan dan meletakkan telefonnya di atas meja. Setelah agak lama duduk menenangkan diri di birai katil, Faiz bangun dan menuju ke bilik air. Wuduk diambil dan solat sunat dilaksanakan. Diakhir solat, dia membaca doa…
“Ya Allah, aku ini buntu dengan hatiku sendiri. Namun Kau jua yang sentiasa menunjukkan aku jwapan yang sebenar. Andai kata dialah jodohku, permudahkanlah urusan kami berdua, satukanlah hati kami di jalan yang Kau redhai. Namun, andai bukan dia untukku, damaikan hati ini dengan ketentuanMu, dan dekatkanlah hati ini dengan jodohku yang sebenar…”



“Wah, pantas sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar, dah empat tahun aku di sini. Aku bakal meninggalkan bumi USM dan menjejakkan kaki aku ke dunia sebenar, menjadi seperti Mac Taylor” monolog hati Faiz. “Apa kata balik bilik nanti, aku nak layan cerita CSI:NY. Lama sudah rasanya aku tak tengok cerita itu.” Sampai sahaja ke rumah sewanya, Faiz terus menghidupkan komputer ribanya dan mencari fail drama kesukaannya itu. Sedang dia kusyuk menonton sambil mengungah Twisties, notification Skypenya berbunyi. “Siapa pula yang kacau aku tengok drama ini. Kang aku gigit kepala budak ni.”
Melihat mesej datang daripada insan yang lama menyepi, Faiz menjadi kaku sebentar.Nadia… Mengapa kini baru nak mesej semula? Mesti ada hal penting.

“Waa’laikumussalam. Ya, Nadia. Ada apa ya?”

“Faiz sihat? Lama tak dengar cerita daripada Faiz”

“Ana bikhair, Alhamdulillah. Nadia pula bagaimana?”

“Wah, dah hebat berbahasa Arab sekarang. Nadia pun sihat, Alhamdulillah. Ganggu ke ni?”

“Eh, tak mengapa. Saya tak buat apa pun. Cuma sedang tengok CSI:NY. Ada apa ya, Nadia?”

“Hari Sabtu nanti, adakah Faiz sibuk? Nadia nak berjumpa dengan Faiz. Ada perkara yang mahu dibincangkan.”

“Perkara apa ya?”

“Adalah. Boleh tak?”

“InsyaAllah. Di mana dan pukul berapa?”

Setelah tempat dan masa pertemuan ditetapkan, Faiz menamatkan perbualan dengan memberi salam dan meletakkan telefon bimbitnya di atas meja dan terus menyambung drama CSInya yang tergendala tanpa memikirkan langsung tentang perkara yang mungkin ingin dibincangkan oleh Nadia.

Hari yang dinanti tiba jua akhirnya. Selepas berbual dengan Faiz melalui Skype tempoh hari, ketibaan hari Sabtu ini bagaikan bertahun lama rasanya. Malah lebih mendebarkan bagi Nadia berbanding ketika dia ingin mengambil keputusan SPMnya dahulu. Bertemankan Safiah menanti ketibaan Faiz, Nadia terkenang semula ketika saat dia yakin yang dia telah jatuh hati pada seorang lelaki bernama Muhamad Faiz Fazhil. Tindakannya tiga bulan lalu yang sanggup bertarung nyawa menyelamatkan seorang kanak-kanak melintas jalan di hadapannya daripada dilanggar sebuah kereta telah menambat hatinya. Kanak-kanak itu cedera ringan tetapi Faiz cedera parah. Dua hari Faiz terlantar koma di hospital. 
Alhamdulilah, Allah memberikan peluang kepada Faiz untuk meneruskan kehidupannya. Sejak daripada hari itu, Nadia telah jatuh cinta kepada lelaki tersebut.

Tepat jam 2.00 petang, raut wajah yang dinanti tiba juga. Setelah nampak Safiah yang bangun melambai-lambai tangannya, Faiz bergerak ke arah mereka. “Assalamualaikum. Maaf lewat.”

“Waa’laikumussalam, takde lah. Kami pun baru sampai lagi. Punctual betul Faiz ini. Dari dulu sampai sekarang, tak pernah berubah. Bagus.” Jawab Safiah.
Setelah menempah makanan, Faiz yang memulakan bicara. “Ada apa yang ingin dibincangkan lagi? Setelah begitu lama kita langsung tak bertegur sapa. Saya ingatkan Nadia marah pada saya lagi.”

Seolahnya, mimik muka Nadia seperti ingin mengeluarkan jawapan bagi soalan faiz itu, namun tiada apa yang terkeluar daripada mulutnya. Setelah hampir 3 minit begitu, Safiah yang mengambil langkah menjadi tukang bicara Nadia. “Macam ni Faiz. Disebabkan mak cik ni sangkut pulak otak dia sekarang ini, biar Safiah je yang tolong cakapkan. Dia dah ada jawapan untuk luahan hati kamu setahun yang lalu. Dia dah bersedia untuk disunting. Jadi lepas ni, Faiz bolehlah berjumpa dengan bakal mertua untuk membincangkan perkara selanjutnya. Faham?”

Nadia yang duduk disebelah Safiah terus tertunduk menahan malunya melihat Safiah begitu tenang menyampaikan suara hatinya. “Relax je budak ni cakap. Takde nak bertapis langsung. Aku segan ni. Siap kau balik nanti aku gusti.”

“Kenapa senyap pula ni? Kamu pun dah terlebih gembira sampai tak boleh nak cakap apa-apa juga ke?” ucap Safiah yang meihat Faiz terus senyap selepas dia menerangkan alasan pertemuan ini.

“Saya nak makan dulu boleh? Lapar. Hehe.”

Sepanjang menjamu selera, Faiz terusan dalam keadaan senyap kecuali ketika di tanya tentang kehidupannya kini. Sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawabnya. “Kenapa Faiz ni? Takkanlah gembira sampai tak boleh nak cakap banyak kot? ” desis hati Nadia. Selepas membaca doa selepas makan, Faiz membetulkan posisi duduknya, ingin memulakan bicara.

“Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga jawapan awak. Saya gembira dan terharu dengan jawapan awak ini, jujur. It’s always better late than never, right?” Senyuman Nadia semakin mekar apabila mendengar jawapan daripada Faiz. “Namun, sebenarnya saya telah pun memberi jawapan kedua pada awak. Melalui surat yang saya kirimkan kira-kira 5 bulan yang lalu. Saya rasa seeloknya awak pulang nanti, bacalah surat itu kalau awak masih menyimpannya. Kemudian baru awak hubungi saya semula. Boleh?”

Riak wajah keriangan Nadia berubah menjadi berkerut, mengingatkan kembali surat yang dihantar oleh Faiz. Baru dia teringat yang dia ada menerima sepucuk surat daripada Faiz ketika hari ulang tahun lahirnya namun tak pernah dibuka surat itu. Sejurus, sampai ke rumah selepas pertemuan dengan Faiz tadi, Nadia bergegas memasuki biliknya untuk mencari surat tersebut. Habis digeledah seluruh biliknya demi mencari surat tersebut. Setiap laci diperiksa, setiap buku diselak dengan harapan menemui surat tersebut. Akhirnya, dia menemui sepucuk surat sampul berwarna putih yang tertulis,


Kepada: Nurul Nadia Yusuf
Daripada: Muhamad Faiz Fazhil”


Assalamualaikum,
Apa khabar Nadia? Begitu lama rasanya kita tak bertegur sapa atau bertemu selepas panggilan telefon dua bulan lepas. Saya harap agar Nadia terus sihat dan ceria seperti mana saya pernah mengenali Nadia. Moga terus diberi kesihatan jasmani dan rohani di bawah naungan cintaNya. Saya dahulukan ucapan maaf saya jika surat ini mengganggu ketenangan Nadia mengejar cita-cita Nadia tapi saya harapkan agar Nadia baca sehingga habis dahulu. Saya juga memohon maaf andainya luahan perasaan saya membuatkan Nadia berkecil hati dengan saya.
Ketika saya mendapat jawapan dan penerangan melalui panggilan telefon itu, saya benar-benar tergamam bagaimana agaknya cara yang boleh membuatkan Nadia percaya pada kata-kata saya. Saya memang ikhlas dan jujur ingin menjadikan nadia sebagai pasangan hidup saya tetapi saya buntu memikirkan cara terbaik. Mendengar jawapan nadia membuatkan saya bermuhasabah diri kembali. Jadi selama dua bulan ini, saya banyak memuhasabahkan diri saya sendiri.
Alhamdulillah kini saya sudah pun menemui jawapan saya. Jadi dengan surat ini, saya memohon maaf atas luahan perasaan saya semasa di restoran dahulu dan semasa panggilan telefon itu. Saya juga tahu ketika ini, awak masih belum ada perasaan sayang kepada saya melebihi daripada perasaan seorang sahabat sahaja.
Sebenarnya, ketika saya meluahkan perasaan kepada Nadia di restoran itu, ayah saya telah pun ingin menikahkan saya dengan anak sahabat lamanya tetapi saya memberitahu dia tentang Nadia dan memintanya untuk menangguhkan keputusannya. Kerana saya inginkan jawapan daripada Nadia dahulu. Kemudian, walaupun setelah mendengar jawapan awak daripada pebualan kita di telefon itu, saya masih yakin dengan keputusan saya untuk menunggu jawapan Nadia. Namun ketika saya sedang membaca tafsir Quran, saya ketemu dengan ayat ini, “Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)
Jadi saya melakukan semula istikarah untuk mendapatkan jawapan yang terbaik. Alhamdulillah, saya telah pun mendapat jawapannya. Saya bersetuju dengan calon yang ayah perkenalkan. ketika saya menulis surat ini, saya telah pun menjadi tunangan orang. Saya harapkan agar Nadia rahsiakan dahulu tentang benda ini. Nanti bila tiba masanya, saya akan menjemput Nadia dan kawan-kawan kita yang lain ke majlis saya nanti.
Sebagai penutup bicara, saya doakan agar Nadia dapat terus mengejar cita-cita Nadia dan semoga Berjaya menjadi doctor yang terus berkhidmat kepada masyarakat. Bilangan doctor perempuan Muslim memang tak ramai di Malaysia ini. Saya juga mendoakan agar Nadia terus menjadi mawar berduri yang terus mekar di jalanNya. Jangan pernah menyerah kalah kerana saya tahu bahawa Nadia ingin menjadi seperti Amni dalam buku “Stanza Cinta”, terus tabah menghadapi dugaan hidup walaupun berbagai-bagai dugaan datang menimpa. Tak lupa juga, semoga Nadia menemui jodoh Nadia yang sebenar nanti. Jemputlah saya bila majlisnya nanti ya? Biar saya jadi jurugambar perkahwinan Nadia nanti. Hehe.
Itu sahaja yang mampu saya nukilkan dalam surat ini. Moga sukses selalu. Assalamualaikum
PS: Selamat Hari Lahir.

Daripada,
Faiz (23 Mac 2012)

Berjurai air mata Nadia membaca ayat terakhir surat Faiz. Tiada ungkapan yang boleh dituturkan untuk meluahkan betapa hancurnya hatinya saat itu. Tiada kata yang boleh diluahkan selain air matanya yang terus menitis ke lantai. Andai ini takdirnya…


p/s: Apa yang ditentukan oleh Allah, itulah yang terbaik kan

Tuesday, April 19, 2011

Jalan-jalan Penang

Entry kali ni nak cite pasal jalan- jalan 
sekitar Penang

Lokasi : Perangin Mall 

 


Lokasi : Masjid Terapung Tanjung Bungah

Kat Penang pun ada Masjid Terapung..
Aku pun baru taw tahun lepas
haha..wat malu nama ja orang Penang







 Lokasi :Tropikal Spice Garden

Taman herba ni dekat Teluk Bahang
Ada  banyak pokok-pokok herba kat sini
1st time sampai sini



p/s : Plan minggu ni nak pi Langkawi..sapa mau ikot? huhu

Wednesday, April 13, 2011

Pulanglah




P/s: I love dis song n Awi Rafael..ngee

Monday, March 28, 2011

Tanjung Dawai - Pantai Merdeka - Semeling

 Yuuuhuuu!
Da lama gile ok tak update blog kesayangan aku ni..
Mesti korang da rindu kan kan..huhu

Ok kali ni aku nak cerita pasal aktiviti hujung minggu
2 minggu lepas ;19/ 3 
aku pegi jalan - jalan di Sungai Petani Kedah

Tempat pertama yang dituju ; Tanjung Dawai
lebih kurang 30 km dari pekan Sungai Petani, Kedah
Kat sni banyak makanan laut mcm 
ikan kering, belacan,  keropok ikan
Hah kat sini la selalu orang mai membeli



Destinasi kedua ; Pantai Merdeka
Dari Tanjung Dawai aku pi pantai merdeka pulak
naek bot tak sampai 5 minit da smpai Pantai Merdeka
Kebetulan time aku pi ada pulak ekspo jualan
So apalagi shopping la..huhu

laju gile naek bot rasa macam nak terbang tudung

Sempat lagi shopping

Destinasi ketiga ;Muzium Arkeologi Lembah Bujang

1st time sampai muzium arkeologi ni..
Kat muzium ni byk artifak sejak kurun ke-3 lagi
dan candi-candi seperti candi lembah bujang,
candi batu pahat & banyak lagi
antara artifak yang dipamer




 last destination; jeti Semeling
cantik ok kat jeti semeling ni
time aku pi ada la 3-4 pasang pengantin
yang tengah wat photoshot kt sini
memang cantik sangat



Ni first time aku sampai Tanjung Dawai, Muzium Arkeologi 
ngn Semeling
Padahal Bukit Mertajam dengan Sungai Petani
tak ada la jauh mana..huhu


Ok tu ja yang aku nak cerita
nanti aku cerita pasal aktiviti minggu depan pulak

Wednesday, March 16, 2011

Ya Allah
Seandainya dia untukku
Dekatkanlah hatiku dan hatinya
Seandainya dia bukan untukku,
damaikanlah hatiku,
limpahkanlah kebahagian buat dirinya
Dan peliharakanlah aku dari kekecewaan

Ya Allah
Seandainya aku jatuh cinta
Jatuhkanlah hatiku
pada insan yang turut melabuhkan cintanya padaMU


Thursday, February 10, 2011

Kuasa Cinta

Rasulullah SAW bersabda : “Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit “ (Riwayat Tabrani)
Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata : “Kami semua pengasih” Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia”. (Riwayat Tabrani)

Erti Cinta
“Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta!” (Jalaluddin Rumi).
Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana
seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan
cinta yang lebih dalam, lebih murni, dan lebih abadi.
Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk. Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata karena mencintai-Nya. Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 165, 'Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah.'

Pengurusan Cinta
Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan juga mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah . Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat!
Perasaan cinta adalah abstrak. Namun perasaan cinta mampu diwujudkan
dengan tindakan yang nampak oleh mata. Di antara tanda-tanda cinta
seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunnah,membaca al-Quran dan berzikir kerena dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!

Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:
“Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya” ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)



Bukti Cinta
Namun hati-hati juga dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada Allah. Itulah para pencinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta Allah, cinta yang begitu agung, cinta yang murni.
Ramai yang mengaku mencintai Allah, dan sering mengatakan mencintai Rasulullah, namun mustahil semua itu diterima Allah tanpa ada bukti yang diberikan. Contohnya ketika Allah menguji cintanya, dengan memisahkannya daripada apa yang membuat dia lalai dalam mengingat Allah, selalunya manusia sukar menerimanya. Ketika Allah memisahkan seorang gadis daripada kekasih hatinya, selalunya sang gadis itu akan lemah, lesu, sedíh. kecewa dan terbaring sakit. Pada ketika seorang isteri dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tidak mempunyai semangat untuk meneruskan kehidupan.
Ketika harta yang dimiliki hangus terbakar, ramai yang masuk ke hospital sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian daripada Allah, kerana Allah ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-Nya pada-Nya. Allah menginginkan bukti, namun manusia kadangkala tidak berdaya membuktikannya, justru cintanya pada Allah selalu kecundang ketika Allah menarik sedikit nikmat yang telah diberikan-Nya. Itu semua adalah bentuk cinta palsu. Sedangkan semuanya sudah diatur oleh Allah, rezeki, maut, jodoh, dan setiap tarikan nafas kita, itu semuanya sudah ada suratannya pada Allah, kita hanya harus berusaha untuk merealisasikannya.
Sungguh merugikan apabila manusia hanya diletihkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia, Bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah SWT.
Kata-kata yang tepat untuk itu seperti di bawah:
'Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.' {Imam Nawawi)


Cinta Allah
Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman. Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya. Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar daripada cinta palsu.
Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiyamullail, puasa sunnah, membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Buah daripada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, Insta-Allah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya.
Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan dunia pun akan aman dan damai.
Kasih sayang penuh dengan rasa ikhlas kerana mencari redha Allah. Kasih kepada seorang saudara mencegahnya daripada menderhakai Allah, sayang dalam persahabatan dalam memburu kejayaan yang diredhai Allah Maha Pencipta, kasih kepada masyarakat dengan seruan ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Itulah kasih sayang yang sejati.
Islam menggalakkan umatnya hidup berkasih sayang. Haram hukumnya membenci serta memutuskan kasih sayang sesama manusia, kerana ia mengundang azab Allah.

Penutup
1.Hidup dalam berkasih sayang membawa kepada keamanan masyarakat.
2.Cinta dan kasih sayang merupakan motivasi paling hebat dalam diri manusia.
3.Tanpa kasih dan sayang hidup tidak bermakna dan bahagia.
4.Suburkan kasih sayang sesama manusia dengan mengamalkan segala yang diredhai Allah.


p/s : sekadar renungan..peringatan untuk diri sendiri