Sunday, January 31, 2010

Ketika Cinta Bertasbih


"Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri menjadi mawar, mengubah cuka menjadi anggur, mengubah sedih menjadi ria, mengubah amarah menjadi ramah, mengubah musibah menjadi muhibah" - Petikan dari filem Ketika Cinta Bertasbih.


Ketika Cinta Bertasbih - Melly Goeslow

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan intaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih
Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta


"Ya Allah jika dia diciptakan untuk ku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku, Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu"

p/s : Biarlah masa yang menetukan

Wednesday, January 27, 2010

Atasi Gementar Ketika Berucap

Memang tak dapat dinafikan perasaan gementar, takut,kurang yakin bila berucap di khalayak ramai.. Tak kisah la berucap dari segi menyampaikan pidato, hatta sewaktu pembentangan di dalam kelas sekalipun.




Tips Atasi Gementar Ketika Berucap

1) Bersedia
Buat persiapan dari segi bahan material yang lengkap semasa membuat pengucapan. Fahamkan isu yang akan diucap.


2) Siapkan diri
Berikan masa untuk berlatih apa yang akan diucapkan. Berlatih depan cermin( ni aku selalu wat waktu mula2 jd mc dulu) berkesan jgk cara ni sbb lebih yakin..


3) Kenal pasti penonton
Ucapkan salam kepada penonton, gunakan panggilan yang betul cnth Yang Hormat Dato', Yang Berbahagia or Yang Berhormat. Jangan sesekali tersalah sebut nama. Sebab sesetengah penonton sensitif terhadap nama.


4) Berfikiran positif
Kekuatan dalaman akan menukarkan perasaan gementar kepada tenaga positif dengan cara memberi perangsang kepada diri bahawa anda boleh melakukannya. Sentiasa yakin bahawa anda boleh melakukannya.


5) Pengalaman
Pengalaman yang lalu membina keyakinan diri dan ini adalah kunci kejayaan semasa memberi ucapan.

Wednesday, January 6, 2010

Tips Menjadi Kedekut

Time awal2 sem nie memang suka kan shopping sbbnya duit pt,JPA baru masuk..Sekarang memang la seronok, tapi kalo x berjimat, erm jawabnya kering la poket hujung2 sem nanti..
So azam aku tahun ni nak jadi kedekut..huhu..Tapi sebelum tu, ada beberapa perkara yang kena wat;

Tips Menjadi Kedekut

1) Beli barang yang perlu saja
erm ni masalahnya..sebelum shopping bkn men lagi wat list barang ape yg nak beli, tp ble g shopping alih2 benda yg x sepatutnya beli pun terbeli jugak..So ingat pasni kalo nak beli barang, tanya pada diri sendiri 'perlu ke beli barang ni' kalo xperlu, JANGAN BELI..


2) Berbelanja sewaktu jualan murah
Haa ni aku selalu wat..Shopping bile ade sale je..tp masalahnya bile ade sale beli punya la banyak..Hai sama jela ngan beli barang yang mahal..So ingat pasni beli time jualan murah, JANGAN BELI BANYAK..



3) Simpan untuk Hari Sesak

Dapat je duit ptptn or biasiswa terus simpan dalam ASB ke, bagi mak ayah simpan ke..Sebabnya kalo asyik nampak duit depan mata mesti asyik nak shopping je kan..Ingat LANGIT TAK SELALU CERAH, NASIB TAK SELALU DISEBELAHI TUAH!


4) Tawar-menawar

Jangan berat mulut tuk tawar-menawar..
tapi JANGAN BUAT NI DI SHOPPING COMPLEX..


5) Jangan mudah kesian
Penah x korang beli barang sebab kesian? Ni situasi yg selalu berlaku kt aku."dik mintak kasut ni saiz 5"..bile pakai ketat, mintak plak si pekerja tu g amik saiz 6..erm x berkenan plak..try kasut len plak..da try 3-4 pasang kasut, erm stil xberkenan..tp dalam ati 'kesian plak dia da byk kali g amik kasut, erm amik la sepasang'..
Haaha pelik kan aku ni..So pasni JANGAN MUDAH KESIAN


p/s Jangan jadi pemurah dengan menghabiskan wang kita di Megamall,KP, ECM dan kawasan2 yang sma waktu dgnnya

Tuesday, January 5, 2010

Bantahan terhadap keputusan mahkamah tinggi

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya benar-benar menggemparkan umat Islam di Malaysia.

Perkara-pekara yang perlu diambil perhatian :
  1. Nama Allah tidak boleh dipanggil melainkan hanya kepada tuhan yang sebenar. Maka dengan itu tiada pihak yang boleh menamakan sekutu-sekutu Allah yang didakwa oleh manusia sebagai tuhan atau perantara tuhan sebagai Allah. Ini seperti memanggil berhala, atau batu, atau patung, atau manusia dengan panggilan Allah. Jika ini berlaku, muslim memang wajar menentang dan membantah. Musyrikin Quraish yang memanggil tuhan sebenar Allah tetapi mensyirikkanNya, pun begitu tidak menamakan berhala mereka dengan nama Allah, sebaliknya menamakan berhala-berhala mereka dengan panggilan al-Lata, al-‘Uzza, Manat dan seumpamanya.

  2. Manusia memang sewajar memanggil tuhan yang sebenar Allah. Ini juga membuktikan ajaran Islam yang memanggil tuhan ‘Allah’ itulah yang benar. Maka, tidak mengapa, bahkan sepatutnya semua manusia tanpa mengira agama menyatakan “Allah yang menciptakan alam”, “Allah yang menurunkan hujan”, “Allah menyuruh kita melakukan kebaikan” dan seumpamanya. Perkataan-perkataan itu benar. Adalah tidak wajar seorang muslim membantah apabila mendengar bukan muslim menyatakan perkara seperti itu. Bahkan al-Quran menyebut: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

  3. Jika mereka akur Allah adalah Tuhan sebenar, lalu mereka memanggilnya dalam ibadat mereka maka seorang muslim tidak boleh mengganggu urusan ibadah agama lain. Walaupun Islam mempertikaikan kesyirikan mereka, tetapi kebebasan beribadah adalah hak setiap agama.

  4. Bukan muslim tidak boleh menggunakan nama Allah untuk penyebaran dakyah yang menghina Islam. Ini seperti mempersendakan Allah dalam sebaran kepada masyarakat Islam atau mempermain-mainkan nama Allah dalam tulisan, lukisan, filem dan seumpamanya seperti yang sering berlaku dalam masyarakat Barat.

  5. Bukan muslim tidak boleh memputarbelitkan ajaran Islam dengan mempergunakan nama Allah sebagai umpan. Tindakan provokatif seperti itu wajar diambil tindakan tegas. Adalah menjadi prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh Islam bahawa tiada siapa pun boleh memutar belitkan maksud ajaran pihak lain. Orang Islam juga tidak boleh memutarbelitkan ajaran agama lain.

  6. Menyebut nama Allah dalam pergaulan antara muslim dan bukan muslim dengan cara yang hormat dan mengagungkan Allah seperti bukan muslim menyebut kepada muslim “semoga Allah merahmati kamu”, atau “semoga Allah memberi rezeki kepada kamu” adalah diizinkan. Bahkan itulah yang sepatutnya. Nabi s.a.w ketika membuat perjanjian dengan Quraish Mekah juga masing-masing menggunakan nama Allah seperti hadis Muslim: Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.
sumber dari http://drmaza.com/home/

Sama-samalah kita menyuarakan bantahan terhadap penggunaan kalimah Allah dalam Herald-The Catholic Weekly .Sila klik untuk tandatangan petisyen

http://www.muslimconsumer.org.my/herald/index.php