Wednesday, January 27, 2010

Atasi Gementar Ketika Berucap

Memang tak dapat dinafikan perasaan gementar, takut,kurang yakin bila berucap di khalayak ramai.. Tak kisah la berucap dari segi menyampaikan pidato, hatta sewaktu pembentangan di dalam kelas sekalipun.




Tips Atasi Gementar Ketika Berucap

1) Bersedia
Buat persiapan dari segi bahan material yang lengkap semasa membuat pengucapan. Fahamkan isu yang akan diucap.


2) Siapkan diri
Berikan masa untuk berlatih apa yang akan diucapkan. Berlatih depan cermin( ni aku selalu wat waktu mula2 jd mc dulu) berkesan jgk cara ni sbb lebih yakin..


3) Kenal pasti penonton
Ucapkan salam kepada penonton, gunakan panggilan yang betul cnth Yang Hormat Dato', Yang Berbahagia or Yang Berhormat. Jangan sesekali tersalah sebut nama. Sebab sesetengah penonton sensitif terhadap nama.


4) Berfikiran positif
Kekuatan dalaman akan menukarkan perasaan gementar kepada tenaga positif dengan cara memberi perangsang kepada diri bahawa anda boleh melakukannya. Sentiasa yakin bahawa anda boleh melakukannya.


5) Pengalaman
Pengalaman yang lalu membina keyakinan diri dan ini adalah kunci kejayaan semasa memberi ucapan.

2 comments:

Dihaz84 said...

pengalaman akan mengajar kita berucap dengan baik didepan orang ramai..

izzah said...

yup..absolutely true!!