Friday, January 8, 2010

Komen Mengenai Pengunaan Nama Allah

Saya baru pulang dari lawatan ke sepanyol. Agak letih namun terlalu bnyak pengalaman yang boleh saya kongsikan di dalam blog ni,barangkali akan datang jika Allah memberi kelapangan kepada saya.

Berikut adalah komen saya kepada post Izzah mengenai bantahan terhadap keputusan mahkamah tinggi berkenaan pengunaan nama Allah.

1) sebaik kepulangan saya dari spain, topik ini memang menjadi perbualan saya dengan rakan,sedikit hangat di sertai dengan pandangan kami mengenai tauhid tiga.

2)saya juga amat tertarik dengan artikle dan pandangan dr maza..namun begitu, pandangan dr maza barangkali boleh di nilai dengan lebih teliti melalui pandangan Ustaz Zaharudin.

LArangan pengunaan nama Allah, Ulasan Ringkas(Ust Zaharudin)

Isu nama Allah;Garis panduan pengunaan oleh non muslim (Dr MAza)

3) saya tidak cenderung untuk menyuarakan sebarang bantahan mengenai Isu ini, barangkali saya melihat orang melayu terutamanya suka melatah tanpa meneliti isu hukum dan implikasi. Saya juga lebih cenderung untuk menerangkan serta mendalami isu ini dengan lebih teliti berbanding membuat bantahan membuta tuli.


4) Jika kita baca post Dr Maza barangkali kita fikir boleh di benarkan non muslim mengunakan nama Allah, namun kita barangkali perlu menilai dari segi sudut siasah syari'yyah yang digaris kan oleh Ustaz Zaharuddin

5) Walaupun hukum nya harus(rujuk drmaza n ustaz zaharudin)..secara peribadi saya tidak melihat apa2 keperluan untuk orang bukan Islam menggunakan nama Allah.

"Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk UK dan Vatican City di Itali TIDAK MENGGUNAKAN kalimah Allah untuk God, malah negera-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama Allah ini. Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah diskrip menggunakan kalimah Allah bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya"Ustz zaharuddin.


Kesimpulan;

Isu ini bukan sekadar isu hukum penggunaan nama Allah, tetapi lebih kepada isu yang membabitkan hal2 kestabilan agama dan kaum di Malaysia. Sebarang bantahan tidak seharusnya menggambarkan bahawa Islam tidak membenarkan pengunaan nama Allah bagi bukan ISlam, Kerana sememangnya dari segi dalil, di benarkan(rujuk DRMAZA,UStaz Zaharudin). Namun bantahan perlu di buat dengan agar pihak mahkmah tinggi sekurang2nya meletak syarat yang ketat bg pengunaan nama Allah bagi non muslim(dengan mengambil kira implikasi). Sebagaimana yang saya katakan td,saya masih belum melihat mana2 keperluan bagi non muslim menggunakan nama Allah. Melayu khususnya jgn cepat melatah dah marah mengenai isu ini tetapi perlu menyelesaikanya mengikut jalan yang di benarkan.

No comments: