Thursday, January 14, 2010

True Malaysian..

"My conclusion is that when you're a true Malaysian, you're a very lonely person.
It is because we're all divided by cliques. And when you're not with one, you're left out"- Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim

Just a short post from me.. tapi harapnya pembaca boleh fikir sendiri apa mesej yang saya cuba hendak sampaikan..

Which one is true Malaysian??
1)orang yang sentiasa memperjuangkan hak minoriti dan menekan kaum majoriti semata2 kerana perjuangan itu lebih populis???orang yang memperjuangkan "samarata" dan Malaysian mengikut definisi mereka sendiri supaya kesamarataan itu favour sesetengah kaum..agar mereka jd lebih popular

2) orang yang memperjuangkan hak kaum majoriti..lantang dengan slogan2nya dan terkadang menimbulkan rasa insecure kepada kaum minority..

3)orang yang sebenarnya cuba membawa kesamarataan kaum dalam erti kata seimbang..keseimbangan..orang yang cuba mewujudkan suatu persefahaman, mencari persamaan antara kaum..ethnic bridge...yang cuba meletakankan dan memahami sensitiviti setiap kaum yang wujud dalam sebuah negara...

GET THE IDEA??

orang yang tergolong dalam golongan pertama dan kedua biasanya adalah dikalangan ahli politik..perjuangan "Malaysian" itu lebih bersifat sentimen dan biasanya boleh mengukuhkan lagi kedudukan mereka....

orang yang tergolong dalam golongan ke 3 sepatutnyalah yang kita sanjung sebagai pemimpin negara..

Di Malaysia saya belum lihat mana2 ahli politik cuba menjadi golongan ke 3.. yang ada cuma golongan pertama dan kedua tetapi tindakan mereka itu dikaburi dengan jenama dan slogan seolah2 merekalah true malaysian...

Ingat, malaysia tidak akan harmoni jika definisi Malaysian itu menggambarkan kelompok pertama dan kedua..sedih sekiranya pemimpin yang dipilih tergolong dalam kelompok pertama dan ke 2...

sebagai rakyat malaysia, jgn mudah kita menerima dakyah2 dari golongan kelompok pertama dan kedua...

Keharmonian dalam Malaysia cuma akan wujud sekiranya kita cuba dan berusaha menjadi kelompok yang ke3..mengenepikan sentimen, mencari persefahaman..

Rakan2 lihatlah dan nilailah orang yang rakyat malaysia sanjung sebagai true malaysian tergolong dalam kelompok mana.. cuba bezakan mereka(ahli politik) dengan ahli2 akedemik seperti Professor Emiritus Dr Khoo Kay Kim, Dr MAZA, dan banyak lagi ahli akedemik yang cuba menjadi ethnic bridge bagi masyarakat Malaysia...

Coretan saya barangkali salah dan barangkali boleh menjadi buah fikiran rakan2..kerana bagi saya, definisi TRUE MALAYSIAN bagi kalangan masyarakat malaysia bukan definisi yang ke 3..tapi definisi yang ke.......fikirkan sendiri....

AS A MALAYSIAN..WE NEED ETHNIC BRIDGE..NOT ETHNIC CHAMPION...

No comments: