Friday, October 15, 2010

Ucapan untuk Pengantin Baru

Time hujung tahun macam ni
Memang banyak dapat undangan ke majlis perkahwinan
Sekarang musim kawan-kawan kawen or bertunang


Ada jugak yang bertanya bila nak kawen
Kawen?
Uish belom terpikir lagi bab kawen buat masa sekarang
Sebabnya belum ada calon
Dan yang paling penting aku masih muda
baru 18..ahakz(gile perasan muda)

Banyak lagi benda nak pikir selain dari kawen
Cari kerja
Beli Kereta
Bayar ptptn
dan yang paling penting
Bagi duit untuk mak ayah
Itu lg penting bagi aku

Bercakap pasal kawen ni
Aku nak share artikel
berkaitan ucapan untuk pengantin baru

......................................................................


Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, “Semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mendengar yang demikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”

Mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”


Aqil menjawab, “Katakan Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu. Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, “Apakah ini?”

Abdul Rahman r.a. menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”

Rasulullah s.a.w. bersabda, “ semoga kamu diberkati. Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “

Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.”[3]

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]

Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.


sumber dari iluvislam.com

4 comments:

Seven said...

hahahaha
kwin nnt jemput

izzah said...

insyaAllah tp lmbt lg la..yien kawen dulu pastu bru akak..hhuuhu

Shino said...

tgk tajuk, gempak 2...bru nk ckp kt kwn2...ak igtkn ko nk kawen...hehehe...

izzah said...

din...aku tunggu ko kwen dulu bru aku kwen..huhu