Monday, December 21, 2009

Komen mengenai ahli parlimen tidak hadir sidang parlimen

1)Perkara yang sangat jelas bagi rakyat untuk sedar dan bertindak agar tidak memilih wakil yang tidak serius mewakili mereka di parlimen. Rakyat tidak seharusnya mengharapkan hanya projek2 kecil di kawasan mereka,sebaliknya rakyat sepatutnya memilih pemimpin yang mampu menaiktarafkan ekonomi Malaysia secara keseluruhannya.

2)Ketidakhadiran ahli parlimen ketika sidang parlimen bagi meluluskan bajet 2010 sememangnya suatu yang serius pada pandangan saya(yang kurang pengalaman ni). Bahkan MP(BN) bukan sahaja harus memberi surat tunjuk sebab kepada Menteri di Jabatan perdana menteri,tetapi harus ada rasa tanggungjawab bagi menjelaskan sebab ketidakhadiran mereka kepada penduduk yang mereka wakili(melalui blog,atau surat kepada semua ketua kampung).

3)Barangkali pihak pembangkang menempelak sikap MP yang tidak hadir, kononya MP(BN) tidak serius dalam isu rakyat, tetapi pembangkang pun apa kurangnya. Sudah 50% MP Bn tidak hadir, Pembangkang masih tidak mampu menolak bajet 2010 itu.kalau pembangkang mampu hadir(80% kehadiran) sudah pasti bajet 2010 sudah taklulus.

4)Sekiranya pembangkang betul2 komited pada rakyat, pembangkang sepatutnya menubuhkan shadow ministry,dan mengumumkan bajet 2010 dari pihak pembangkang. Malangnya, hanya bajet 2009 dari pembangkang yang boleh kita dapati dari blog DSAI.Klik disini

Kesimpulan

5)Rakyat,terutama nya golongan muda terpelajar,seharusnya berfikiran lebih matang dalam memilih pemimpin. Rakyat tidak seharusnya mengharapkan hanya projek kecil-kecilan,tetapi mengharapkan suara mereka didengar setiap kali parlimen bersidang.

No comments: