Tuesday, December 15, 2009

Bolehkah Diharapkan Anwar Ibrahim & PAS Untuk Memacu Kewangan Islam ?

Artikle ini ditulis oleh Ustaz ZaharudinAbd Rahman. Beliau merupakan pelajar PhD jurusan syariah dan perbankan Islam di University of Wales United Kingdom. Beliau juga merupakan penasihat syariah bagi beberapa institusi keewangan tempatan. Pernah berkhidmat sebagai ketua bahagian syariah bank kewangan Islam Berhad,pengurus kanan "product development" di RHB Islamic Berhad dan eksekutif syariah di Ingress Coperation Berhad. Beliau berkelulusan sarjana muda Usuluddin dari University Malaya dan MA in Fiqh dari Yarmourk University,Jordan.


"Dato Seri Anwar Ibrahim baru sahaja dilantik menjadi penasihat ekonomi Kerajaan Negeri Selangor. Berbekalkan pengalaman beliau selaku Menteri Kewangan suatu ketika dahulu dan lain-lain pengalaman berkaitan, kepada beliau diletakkan harapan oleh pengikutnya dan rakyat negeri Selangor untuk melakukan sesuatu yang terbaik buat negeri Selangor. Khususnya apabila diwarwarkan Selangor sedang dirancang untuk dirubah menjadi Islamic financial hub.[1

Semua orang mempunyai harapan dan jangkaan terhadap beliau. Sama ada positif, negatif atau ‘tunggu dan lihat'. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhammad awal-awal lagi telah memberi indikasi bahawa DSAI akan gagal memacu ekonomi negeri tersebut malah lebih teruk akan mempersembahkan hasil bernilai RM 1, sama seperti bayaran elaun bulanannya.

DSAI sebelum ini terkenal sebagai salah seorang individu yang membolehkan perbankan dan kewangan Islam berputik di Malaysia. Walaupun ia bukanlah inisiatif beliau seorang diri, namun peranannya diakui oleh ramai.

Hasil dari itu, kini saya lebih ingin melihat sejauh mana beliau dapat menerapkan ekonomi dan perbankan Islam di dalam pengurusan kewangan negeri Selangor.

WUJUDKAH KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM DI SELANGOR?

Saya faham dan tahu bahawa ruang lingkup takrif ‘ekonomi' adalah luas dan merangkumi banayk aspek. Namun salah satunya adalah yang melibatkan urusan perbankan dan pelaburan. Maka dalam konteks ini soalan-soalan berikut kerap bermain di minda saya :-

· Apakah kerajaan negeri Selangor akan mula mengikuti jejak langkah negeri Kelantan yang menutup semua akaun bank konvensional dan membuka akaun perbankan Islam selepas ini? Kita tunggu dan lihat.

· Apakah kerajaan negeri Selangor akan membuat satu garis panduan untuk semua anak syarikat kerajaan negeri agar menggunakan khidmat pembiayaan Islam dalam apa jua keperluan kewangan syarikat-syarikat tersebut?

· Apakah kerjaaan negeri akan mengeluarkan atau menamatkan pendapatan dari hasil pelaburan kerajaan negeri yang menggunakan instrument pelaburan riba seperti Fixed Deposit di bank konvensional, pemegangan bond konvensional, dan sebagainya?

· Apakah kerajaan negeri akan menukar Insuran konvensional Riba kepada Takaful untuk semua kakitangannya dan juga semua anak syarikatnya?

· Apakah kerajaan negeri akan menerbitkan bond Islam (SUKUK) untuk membiayai projek-projek besar kerajaan negeri dan syarikat di bawahnya?

· Apakah kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah koperasi Islam atau bank Islam yang benar-benar boleh menjadi model kepada seluruh bank-bank Islam di Malaysia yang dikatakan bermain silap mata oleh Menteri Besar Selangor? Saya benar-benar ingin melihat sebuah bank Islam yang dipelopori oleh kerajaan negeri dari PKR dan PAS yang boleh menyediakan kos pembiayaan yang jauh lebih murah berbanding bank-bank Islam yang wujud hari ini.

· Apakah kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan takrif jelas RASUAH dan seterusnya mengeluarkan arahan pekeliling untuk menjauhinya di semua peringkat. Saya juga ingin melihat apakah kaedah dan cara yang bakal dilakukan oleh DSAI untuk membuktikan beliau mempunyai idea untuk menguatkuasakannya dengan jelas di dalam kerajaan Selangor, berbanding kerajaan Pusat.

· DSAI dikatakan kerap berkunjung dan bertemu tokoh-tokoh ekonomi dan perniagaan islam di seluruh dunia. Apakah pelaburan-pelaburan baru yang akan ditarik masuk ini akan dipastikan semuanya menuruti proses pelaburan Islam atau tidak?

· Adakah kerajaan Selangor juga akan mengikut jejak langkah Kelantan menubuhkan gadaian Islam ar-Rahn dengan lebih meluas?

· Adakah kerajaan Selangor akan atau telah menyediakan pembiayaan mikrokredit Islam? Saya kira Kelantan mungkin menghadapi sedikit kekangan kewangan untuk ini, namun tidak bagi Selangor.

· Adakah tanah-tanah waqf di Selangor telah dan akan diurus secara dinamik melalui kaedah-kaedah kewangan Islam?

· Adakah kerajaan Negeri Selangor akan memperhebat dan menubuhkan pengajian kursus Perbankan dan kewangan Islam untuk semua institusi pendidikan di bawah urus tadbirnya? Ini perlu bagi menyediakan tenaga kerja mahir dalam bidang yang sedang berkembang luas ini.

· Adakah bajet kerajaan Negeri Selangor ada mempertekankan persoalan kewangan dan perbankan Islam?.

· Adakah Selangor akan mengikuti jejak langkah kerajaan PAS Terengganu dahulu yang melantik Chief Religious Officer bagi semua anak syarikat di bawahnya bagi memantau pergerakan dan aktiviti kewangan syarikat agar menepati Islam.?

· Adakah kerajaan negeri Selangor sanggup dan bersedia menamatkan mereka perkhidmatan tidak beretika dan tidak Islamik yang disediakan oleh anak-anak syaraikat di bawah mereka.? Cuba lihat senarai bisnes yang dilaksanakan oleh anak-anak syarikat ini, nescaya anda kan menjumpai aktiviti yang bercanggah dengan nilai Islam. Semakan ini mestilah sepatutanya dilakukan oleh DSAI atau pekerjanya."Baca Seterusnya

No comments: