Tuesday, January 27, 2009

virus M

Aku tertarik dengan artikel yang bertajuk 'Singkirkan Virus M' dalam majalah remaja bulan lepas. So aku nak berkongsi serba sedikit apa yang aku baca.Virus M atau Virus MALAS memang sinonim dalam diri kita.Nak g kuliah malas, nak buat assignment malas, nak buat kerja rumah malas, pendek kata semuanya malas.Hah kalau anda alami situasi sebegini, sahlah anda dijangkiti virus M. Tapi kalau dibiarkan virus M ini terus membiak, boleh musnah hidup. Sebabnya virus M ni boleh membawa kita menuju kegagalan. Jom kita tengok apa tips-tips untuk singkirkan virus M ni.

1.Misi & Visi
Apakah yang kamu mahu lakukan untuk hidupmu?Cuba fikirkannya.Kamu boleh mulakannya dengan hal yang kecil sehinggalah hal yang besar.Fikirkan dua misi kecil dan dua misi besar yang mampu kamu capai dalam masa terdekat.

2.Tepuk Tangan
Setiap kali kamu berjaya melakukan sesuatu yang bagi kamu sungguh membanggakan, tepuk tangan untuk diri sendiri.Tujuannya adalah untuk membuatkan kamu bertambah bersemangat untuk berusaha mencapai impian kamu yang seterusnya.

3.Yakin Boleh
Buangkan sikap terlalu merendah diri eperti merasakan diri tidak bijak, atau banyak kekurangan untuk mencapai sesuatu.Sikap ini akan membuatkan anda bertambah malas.Selalu katakan pada diri bahawa kamu boleh,yakin boleh dan yakin boleh.

4.Mengatur Masa
Sekiranya kamu seseorang yang sering memberi alasan tidak ada masa atau terlalu penat setiap kali diminta membuat sesuatu.Kikis perangai tersebut dengan sentiasa melihat teman-teman sekelilingmu. Andai mereka mampu menguruskan pelbagai perkara dalam satu masa, mengapa aku tidak boleh? Kesilapan mengatur masa dengan baik sememangnya menjadi punca utama seseorang menjadi malas.

5.Biografi Orang Terkenal
Perbanyakkan membaca biografi atau kisah hidup orang-orang yang terkenal.Kebanyakan kisah hidup orang yang berjaya pasti terselit kegagalan dan kesilapan yang pernah dilakukan.Setiap kali anda membaca kisah hidup mereka pasti ia akan menjadi inspirasi kepada kamu.

6.Dari Buku
Banyakkan membaca buku motivasi dan cuba ikut sedikit demi sedikit tips-tips yang kamu baca. Memang bukan mudah untuk berubah secara mendadak tetapi biarlah lambat sekalipun yang penting kamu berusaha untuk berubah.

7.Hadiah Untuk Diri
Kebiasaannya kamu beri hadiah kepada orang tetapi apa kata sesekali kamu berikan hadiah pada diri sendiri apabila berjaya singkirkan virus M.

8.Puji Diri
Jangan lupa untuk selalu memuji diri bila kamu berjaya menbuang virus M.Tidak ada salahnya kamu puji diri kamu atas kerajianan dan usaha yang kamu lakukan. Percayalah biarpun usaha yang kamu lakukan itu agak kecil, namun itu tetap membantu kamu untuk kikis virus M dalam diri.

"Tidak ada manusia yang merancang untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal"

No comments: