Wednesday, January 28, 2009

Sikap Yang Perlu Dijauhi

Perempuan biasanya akan melakukan apa sahaja yang dirasakan betul mengikut kehendak sendiri.Tetapi terdapat sikap perempuan yang tidak disukai lelaki.

1. Tidak Pernah Puas
"Hari tu kan dah beli.Ni nak beli lagi?Bukan ke baju warna ni dah ada?" Lelaki tidak pernah habis berfikir mengapa perempuan memerlukan sesuatu benda atau barang lebih dari satu!

2. Membebel
Apa yang paling sukar difahami oleh lelaki apabila perempuan tidak habis-habis membebelkan seseorang! Jika kamu memiliki sikap ini, eloklah berubah kerana lama-kelamaan tidak mustahil si dia akan naik muak!

3. Menangis
Lelaki paling tidak suka melihat perempuan menangis. Situasi ini akan membuatkan mereke beras bersalah, sekaligus bingung memikirkan apa yang membuatkan kamu beria-ia menangis.

4. Perasaan Ingin Tahu
Didorong oleh perasaan ingin tahu yang meluap-luap membuatkan kita tidak henti-henti mempersoalkan. "Kenapa ni, diam je?" Pertanyaan inilah yang sering diajukan oleh perempuan. Jika pertanyaan tersebut tidak dilayan, kita akan terus bertanya, "apa yang difikirkan lagi?" Pada hal ada ketikanya lelaki hanya ingin berdiam diri sahaja dan langsung tidak memikirkan apa-apa.

5. Tidak Ada Baju
Lelaki tidak pernah habis berfikir tentang baju dan kasut perempuan yang penuh sealmari. Lebih-lebih lagi apabila kita asyik menyatakan kita tidak mempunyai banyak baju untuk ke kuliah/pejabat. Lelaki juga tidak ernah faham dengan sikap kita yang merasakan baju yang sudah dipakai ke suatu majlis tidak boleh dipakai lagi ke majlis-majlis yang lain, sedangkan kita sebenarnya takut bertembung dengan orang yang sama di majlis tersebut.

6. Uji DayaIngatan
Lelaki tidak suka dengan sikap perempuan yang suka menguji daya ingatan mereka terhadap memori lalu. "Bilakah kali pertama kita berjumpa"-"Waktu itu saya pakai baju apa ye?"- Sekiranya di sia tersalah jawab, biasanya kamu akan marah.Jika si dia terlupa, sudah tentu kamu mengganggapnya kurang memberi perhatian terhadap kamu.

7. Alasan
Lelaki berasa serba salah jika anda memintanya menjelaskan alasan sesuatu yang dilakukannya. Ada kalanya mereka melakukan sesuatu tanpa alasan tertentu.

8. Berbelanja
Bershopping merupakan satu-satunya aktiviti yang tidak digemari oleh kebanyakan lelaki. Itulah sebabnya mereka sebenarnya tidak suka apabila diminta untuk menemani kita bershopping, terutama apabila ada sales besar-besaran. "Alamat berjanggutlah aku tunggu." - "Ish malasnya nak ke sana mesti susah nak parkir kereta."

2 comments:

belle (bukan nama sebenar) said...

alamk mcm terasa lak..hehe..i always did sume yg tertulis tuh..

izzah said...

huhu..tu suma da lumrah sifat perempuan..lelaki kena la fhm..huhu