Thursday, August 5, 2010

Pelajar sekolah berkahwin selesaikan masalah?


Selepas mencadangkan ditubuhkan sekolah bagi pelajar mengandung, sekarang kerajaan negeri Melaka mencadangkan supaya pelajar lelaki di bawah 18 tahun dan pelajar perempuan di bawah 16 tahun dibenarkan berkahwin bagi mengelakkan kehamilan luar nikah dan masalah buang bayi. Bagi kerajaan negeri Melaka, cadangan ini adalah langkah terbaik bagi menangani gejala hamil luar nikah di kalangan remaja.

Bagi saya biarpun cadangan tersebut berniat ikhlas untuk membanteras gejala kehamilan luar nikah, namun saya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Ini kerana :

Kahwin berlandaskan nafsu
Walaupun Islam mengalakkan berkahwin awal, namun ia bukan berlandaskan nafsu semata-mata. Bimbang kes penceraian akan meningkat disebabkan kurang tanggungjawab dan masih belum matang. (abaikan anak, isteri)

Kurang rasa bertanggungjawab
Memang tak dinafikan zaman dulu ramai yang berkahwin awal. Seawal usia 15 tahun, dan mampu menguruskan rumah tangga dengan baik. Sebabnya remaja zaman dulu dah didedahkan menguruskan rumah tangga bagi perempuan, bagi lelaki sudah pandai mencari rezeki. Tapi kita lihat situasi sekarang dengan pengaruh tv, internet, budaya hedonisme yang mempengaruhi remaja zaman sekarang. Mereka lebih kepada hiburan semata-mata.Di pusat beli belah pelajar-pelajar sekolah melepak, berfoya-foya.

Kurang fokus terhadap pelajaran
Keputusan membenarkan pelajar sekolah berkahwin juga dikuatiri akan menyebabkan mereka keciciran dalam pelajaran. Mana nak pegi sekolah, tuisyen, jaga anak.

Saya tak nafikan keputusan membenarkan pelajar sekolah berkahwin secara tidak langsung dapat menyelesaikan gejala hamil luar nikah.Namun ini bukanlah penyelesaian secara menyeluruh kerana tidak menyelesaikan masalah hingga ke akarnya.

Didikan agama dan moral
Pendidikan agama dan moral yang kurang dititikberatkan turut menyumbang kepada permasalah ini. Didikan agama haruslah bermula sejak dari kecil bermula dari rumah. Ibu bapa perlu menekankan didikan agama dan moral kepada anak-anak dan tidak mengharapkan guru/ustaz/ustazah di sekolah semata-mata.

Cegah Pergaulan Bebas
Kerajaan seharusnya mengambil langkah pencegahan dengan menyekat segala aktiviti dan tempat-tempat yang boleh membuka ruang kepada remaja untuk terjerumus ke kancah zina spt pusat-pusat hiburan, pusat rekreasi yang tersorok dari pandangan, hotel-hotel bajet milik bapak-bapak ayam.

Sekat laman web lucah, rancangan hiburan
Kerajaan juga harus menyekat laman-laman web lucah serta media massa perlu siarkan rancangan ilmiah.Jika dilihat sekarang rancangan-rancangan yang disiarkan adalah hiburan semata-mata yang mengusutkan intelektual pelajar.



Gamaknya cenggini la yerk situasi kt sek nanti..huhu


p/s: Cadangan tersebut seolah-olah mencantas ranting-ranting pokok yang pastinya akan tumbuh kembali kerana akarnya masih utuh.

3 comments:

Yasmint said...

yup...tol 2...
ak sokong!
sedang kn org yg kawen umo baye kite pn leh m'abaikn tgg jwb, ni kn pula umo 16,18 taun...

zaiem said...

dorg nk seronok je..belum cukup matang nk fikir masa depan..kan kan kan?

izzah said...

btul..nk selesaikan masalah tp hakikatnya menambahkan lg masalah len..