Friday, February 5, 2010

Adakalanya

ADAKALANYA kita marah bila ada yang mengeji
namun apabila masa berlalu pergi,
baru kita sedar yang kejian itu bukan untuk menyakiti
tapi tanda mengasihi


ADAKALANYA kita benci bila ada yang bercakap tanpa henti
namun apabila bersendiri barulah kita sepi tanpa suara menemani


ADAKALANYA kita rasa meluangkan masa bersama teman merugikan diri
namun apabila kesibukan melanda diri barulah kita sedar
betapa ruginya tanpa teman disisi


ADAKALANYA kita terlalu sibuk hingga terlupa keluarga
namun apabila mereka telah 'pergi' barulah terasa sepi tanpa mereka disisi


ADAKALANYA kita menyampah jika kesempurnaan perlu untuk dikecapi,
namun apabila sudah di puncak tertinggi, barulah kita sedar bahawa mengejar kesempurnaan itulah yang membina diri


ADAKALANYA kita terleka kewajipan pada yang 'Tertinggi'
namun apabila maut semakin menghampiri barulah kita sedar yang 'Tertinggi' tidak pernah terleka 'menjemput' diri


ADAKALANYA kita marah jika hati tidak difahami
namun apabila ada yang memahami, kita terlupa diri ini masih lagi tidak memahami insan disisi


ADAKALANYA hanya kemenangan yang dicari sehingga perkara lain tidak perlu dihayati namun apabila kemenangan yang dikecapi, barulah kita sedar
bahawa persahabatan lebih bererti


2 comments:

aZie 4eVa said...

i like this entry..
bilamana kite bergelar manusia, mmg xkn lari dr semua ADAKALA itu..
hakikatnye manusia itu punye byk kekurgn, dan sering alpa..
ayuh, marilah kite saling mengingati antara satu sm laen..
insyaAllah..

izzah said...

yup btul..manusia memang akan ade kekurangan..'saling mengingati antara satu sma lain' yeah dats right