Tuesday, June 15, 2010

Aleesya celebrating her 1st besday


12 June 2010 Genap la setahun usia anak buah aku, Qistina Aleesya..

Nanti tahun depan boleh la sambut besday ngn anniversary angah..
Sebabnya on dat day ada 2 event..majlis akad nikah akak ngn besday aleesya..
Penat jgn ckp ar..
Si kakak, Batrisya plak dok perasan ritu besday dia..haha
klakar la telatah anak-anak buah aku..








"Happy Besday Aleesya

Semoga Sihat2 selalu"


da setahun rupanya anak buah aku

Monday, June 7, 2010

Kenangan di UMP


Terlalu banyak kenangan di UMP
Pahit, manis, hangit, suma ada
Dan pengalaman2 itulah yang mematangkan aku

Kenangan yang pahit
aku tinggalkan kt ump
Yang manis je tuk diingat2


Kenangan 3 tahun di UMP

eXpoconvo'08


eXpoconvo'09

Dinner time 1st Year

Dinner time 2nd year


Dinner time 3rd Year

Celebrating besday

Jamuan raya BCS

Beraya di umah En Sahli & En Rahiwan


Bukak Puasa kat TC

My 3P classmate
Fotoshoot sekitar UMP

My rumate sepanjang 3 tahun

My 3P rumate


Terima kasih Sarah, Mar, Siti
Menceriakan aku kat bilik

Terima kasih Lida Ju Oli
Sentiasa bersama aku time susah senang

Terima kasih Mint
Dengar masalah aku + tuan penasihat


Terima kasih suma kwan2(xdpt nk sebut suma)
Sayang korang suma
InsyaAllah jumpa lagi kalo umur panjang


"Bertemu dan perpisahan adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa"

p/s: Selamat berpraktikal..All da best

Friday, June 4, 2010

A moment to remember


Da hampir sebulan rupanya aku kt UMP sepanjang cuti sem ni
ada kursus 3P (Program Pentaulihan Profesional) IBM Software Testing
Dan minggu ni jugak merupakan minggu terakhir aku kat UMP
sebelum menjalani Latihan Industri selama 6 bln starting 14 June ni


Gembira, sedih pun ada
Gembira sebab da abih blaja, pasni grad..wee
Sedih sebab
entah bila la lagi dapat jumpa kawan-kawan
rumate, clasmate, suma la
Entah bila la plak kita dapat kumpul ramai mcm semalam kn..
Semalam dinner tuk batch BCS ngn BCN
memandangkan masing-masing bawak haluan sendiri pasni..


Tarikh : 4 june
Masa : 9 malam
Tempat : Restoran Al-Falah kk4









InsyaAllah ada umur panjang kita jumpa lagi tahun depan time convo..

Tuesday, June 1, 2010

KEJINYA ISRAEL

JIJIK..KEJI..TERKUTUK..
itu yang digambarkan pada rejim Israel yang menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.

Penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia.

Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.
Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini.
  1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
  2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
  3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
  4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
  5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
  6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
  7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA)
  8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
  10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
  11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
  12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.
Marilah kita berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.


sumber: www.lifeline4gaza.org