Tuesday, June 9, 2009

Kem Tranformasi Ke Arah UMP Terbilang : Sasaran Pepimpin Pelajar

Seramai 43 orang pemimpin pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah mengikuti Kem Transformasi Diri Ke Arah UMP Terbilang di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Rompin mulai 21 - 24 Mei 2009 yang lalu.


Sasaran peserta adalah teridiri daripada Ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pengerusi badan-badan pelajar UMP. Peserta dibimbing oleh perunding motivasi terkemuka, Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah untuk menjalani pelbagai modul menarik berkenaan Transformasi Diri.



Selain Dato' Dr. Mohd. Fadzilah, pelaksanaan modul sepanjang kem selama tiga hari itu turut dijayakan oleh Encik Ebit Irawan Ibrahim Liew dan Puan Siti Rohani iaitu perunding motivasi daripada Excel dan penganalisis jenayah terkemuka, Encik Kamal Afendi Hashim.

Majlis perasmian kem tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim pada 21 Mei. Dalam ucaptama beliau yang bertajuk "Wawasan Saya Terhadap Kepimpinan Pelajar UMP", Dato' Dr. Daing Nasir menegaskan bahawa pelaksanaan kem ini haruslah dilihat sebagai pelaburan jangka panjang bagi melahirkan generasi pemimpin pelapis negara yang akan memaknakan slogan '1Malaysia' dalam erti kata yang sebenarnya. Dato' Dr. Daing Nasir juga menolak tanggapan negatif yang mengatakan pelaksanaan kem ini untuk pemimpin pelajar sedia ada sebagai tidak perlu.



Sunday, May 24, 2009

Konvensyen Kebangsaan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA kali ke-3

Setelah sekian lama tidak update blog, ingin aku kongsikan pengalaman selama 5 hari sepanjang Konvensyen Kebangsaan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA kali ke-3 yang berlangsung di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Konvensyen kali ini julung-julung kalinya membuka penyertaan bagi IPTS. serta julung-julung kalinya mengadakan pembentangan kertas kerja. Malah pada hari ke-4 turut diadakan bakti siswa di kampung serta sekolah berhampiran. Aku dan rakan-rakan seangkatan berpeluang meraikan sambutan hari guru di Sek Keb Pintas Raya(Bes..cikgu2 sporting gle).Banyak perkara yang aku pelajari sepanjang Konvenyen ni..Kepada rakan-rakan MPP yang len, thanks a lot sepanjang konvensyen, keep in touch..Semoga kita dapat jumpa lagi..


adik,gee,me,achik n cik su



Melawat kandang kambing



Group aku.wif cikgu2 yg sporting gle




wif mpp usm