Showing posts with label kampus life. Show all posts
Showing posts with label kampus life. Show all posts

Monday, June 7, 2010

Kenangan di UMP


Terlalu banyak kenangan di UMP
Pahit, manis, hangit, suma ada
Dan pengalaman2 itulah yang mematangkan aku

Kenangan yang pahit
aku tinggalkan kt ump
Yang manis je tuk diingat2


Kenangan 3 tahun di UMP

eXpoconvo'08


eXpoconvo'09

Dinner time 1st Year

Dinner time 2nd year


Dinner time 3rd Year

Celebrating besday

Jamuan raya BCS

Beraya di umah En Sahli & En Rahiwan


Bukak Puasa kat TC

My 3P classmate
Fotoshoot sekitar UMP

My rumate sepanjang 3 tahun

My 3P rumate


Terima kasih Sarah, Mar, Siti
Menceriakan aku kat bilik

Terima kasih Lida Ju Oli
Sentiasa bersama aku time susah senang

Terima kasih Mint
Dengar masalah aku + tuan penasihat


Terima kasih suma kwan2(xdpt nk sebut suma)
Sayang korang suma
InsyaAllah jumpa lagi kalo umur panjang


"Bertemu dan perpisahan adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa"

p/s: Selamat berpraktikal..All da best

Friday, June 4, 2010

A moment to remember


Da hampir sebulan rupanya aku kt UMP sepanjang cuti sem ni
ada kursus 3P (Program Pentaulihan Profesional) IBM Software Testing
Dan minggu ni jugak merupakan minggu terakhir aku kat UMP
sebelum menjalani Latihan Industri selama 6 bln starting 14 June ni


Gembira, sedih pun ada
Gembira sebab da abih blaja, pasni grad..wee
Sedih sebab
entah bila la lagi dapat jumpa kawan-kawan
rumate, clasmate, suma la
Entah bila la plak kita dapat kumpul ramai mcm semalam kn..
Semalam dinner tuk batch BCS ngn BCN
memandangkan masing-masing bawak haluan sendiri pasni..


Tarikh : 4 june
Masa : 9 malam
Tempat : Restoran Al-Falah kk4









InsyaAllah ada umur panjang kita jumpa lagi tahun depan time convo..

Monday, April 12, 2010

Finally its over!


its over!Tak dapat nak gambarkan perasaan lega sangat bila da selesai present PSM 2.
Terasa ringan pala otak..Kalau tidak selama ni hati gundah gulana memikirkan psm.
Tahniah tuk kawan-kawan semua.
Apapun kita dah buat yang terbaik.Tahniah
Selebihnya tawakal.

Terima kasih kawan-kawan yang banyak membantu aku, sokongan dan tunjuk ajar serta motivasi di saat-saat aku down
Terima kasih korang

Sedang dinilai oleh en ramiza & pn awanis

Terima kasih buat supervisor, Cik Syarifah Fazlin dan Puan Awanis yang banyak memotivasikan aku..

Sunday, March 21, 2010

Tak semua orang boleh terima

Kalau bagi kawan-kawan yang dah lama kenal aku,
mungkin taw aku ni gile-gile, sempoi, cakap pun kasar...
Kalau kawan-kawan yang da lama kenal aku,
mungkin dah biasa dengar aku cakap pala otak ang, benggong,
dan macam-macam lagi la yang terkeluar dari mulut ni..
Tulah diri aku..
Tapi sebenarnya aku sekadar bergurau je pun..
So kalau yang terasa ngn apa yang aku cakap, i'm so sory ok..aku x bermaksud pun..
Mungkin aku dah terbiasa..
Sekarang baru aku taw yang SEMUA ORANG TAK SAMA
dan TAK SEMUA ORANG BOLEH TERIMA gurauan kasar aku..

Kepada yang tak boleh terima gurauan aku, i'm so sory


p/s: Kena belaja bergurau secara sopan pasni..Oh its really not me!
Susah sangat ke nak faham aku ni???

Saturday, June 27, 2009

Committee MINDS 09

Gemuruh - Faizal Tahir

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Ulang :
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Lagu ini didedikasikan kepada seluruh committee MINDS09.Semoga MINDS09 berjalan dengan lancar dan jayanya..

Tuesday, June 16, 2009

KDYTM Tengku Puan Pahang Mencemar Duli ke Majlis Pelancaran Haknuk

Majlis Pelancaran Buku Haknuk dan Perasmian Karnival Usahanita berjalan dengan lancar.Majlis ini disempurnakan oleh KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU PUAN PAHANG, TENGKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI AL-MUTAWAKKIL'ALALLAH SULTAN ISKANDAR AL-HAJ.Tahniah dan syabas buat para penyelidik buku Haknuk.Buku Haknuk merupakan buku cooffee table yang julung-julung kalinya diterbitkan oleh Universiti Malaysia Pahang.Kandungan buku ini merakamkan perjalanan dan pengalaman pelajar UMP ketika menjalankan aktiviti Projek Semaian Kasih bersama masyarakat orang asli suku kaum Semai di Kampung Kuala Boh, Cameron Highlands.






Majlis yang sangat menarik bagi aku..Aku dapat lihat mengenai pengurusan majlis yang melibatkan protokol diraja.InsyaAllah boleh diaplikasikan untuk eXpoconvo'09 yang akan datang..Tahniah dan syabas buat seluruh warga Universiti Malaysia Pahang dalam menjayakan Majlis Pelancaran Buku Haknuk dan Perasmian Karnival Usahanita UMP.


Tuesday, June 9, 2009

Kem Tranformasi Ke Arah UMP Terbilang : Sasaran Pepimpin Pelajar

Seramai 43 orang pemimpin pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah mengikuti Kem Transformasi Diri Ke Arah UMP Terbilang di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Rompin mulai 21 - 24 Mei 2009 yang lalu.


Sasaran peserta adalah teridiri daripada Ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pengerusi badan-badan pelajar UMP. Peserta dibimbing oleh perunding motivasi terkemuka, Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah untuk menjalani pelbagai modul menarik berkenaan Transformasi Diri.



Selain Dato' Dr. Mohd. Fadzilah, pelaksanaan modul sepanjang kem selama tiga hari itu turut dijayakan oleh Encik Ebit Irawan Ibrahim Liew dan Puan Siti Rohani iaitu perunding motivasi daripada Excel dan penganalisis jenayah terkemuka, Encik Kamal Afendi Hashim.

Majlis perasmian kem tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim pada 21 Mei. Dalam ucaptama beliau yang bertajuk "Wawasan Saya Terhadap Kepimpinan Pelajar UMP", Dato' Dr. Daing Nasir menegaskan bahawa pelaksanaan kem ini haruslah dilihat sebagai pelaburan jangka panjang bagi melahirkan generasi pemimpin pelapis negara yang akan memaknakan slogan '1Malaysia' dalam erti kata yang sebenarnya. Dato' Dr. Daing Nasir juga menolak tanggapan negatif yang mengatakan pelaksanaan kem ini untuk pemimpin pelajar sedia ada sebagai tidak perlu.



Sunday, May 24, 2009

Konvensyen Kebangsaan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA kali ke-3

Setelah sekian lama tidak update blog, ingin aku kongsikan pengalaman selama 5 hari sepanjang Konvensyen Kebangsaan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA kali ke-3 yang berlangsung di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Konvensyen kali ini julung-julung kalinya membuka penyertaan bagi IPTS. serta julung-julung kalinya mengadakan pembentangan kertas kerja. Malah pada hari ke-4 turut diadakan bakti siswa di kampung serta sekolah berhampiran. Aku dan rakan-rakan seangkatan berpeluang meraikan sambutan hari guru di Sek Keb Pintas Raya(Bes..cikgu2 sporting gle).Banyak perkara yang aku pelajari sepanjang Konvenyen ni..Kepada rakan-rakan MPP yang len, thanks a lot sepanjang konvensyen, keep in touch..Semoga kita dapat jumpa lagi..


adik,gee,me,achik n cik su



Melawat kandang kambing



Group aku.wif cikgu2 yg sporting gle




wif mpp usm

Thursday, April 30, 2009

HAPPY HOLIDAYS

Semester 2008/2009 telah pun berakhir. Macam-macam perkara yang berlaku sepanjang sem 08/09. Yang baik aku jadikan teladan. Yang buruk jadikan sempadan. Apa yang penting banyak perkara yang mematangkan aku. Tiada istilah cuti bagi aku, kali ini aku mengambil short sem dan banyak urusan(eXpoconvo'09.MINDS, bla..bla..) yang perlu diselesaikan sepanjang masa cuti.

Pesanan buat rakan-rakan yang pulang bercuti :

* Yang memandu kenderaan sendiri baik motor atau kereta, pandu berhati-hati. Ingat orang tersayang
* Yang menaiki kenderaan awam, jaga keselamatan diri dan barang. Bagi yang pulang jauh, jangan lupa bawak sweater.(Dlm bas sejuk tu)
* Guna masa cuti sebaik mungkin (belajar masak ke, amik lesen keta/moto ke, kumpul duit ke , tolong mak ayah, dan sebagainya)
* Jangan qada tido, qada tengok muvie, lepak dsbnya(Pesanan ni tuk diri sendiri jugak.huhu) dan yang terakhir sekali


"HAPPY HOLIDAYS AND TAKE CARE"

Hancur hatiku

Hancur hatiku mengenangkan paper yang terakhir, Web Scripting. Kenapalah tak boleh jawab. padahal da baca. Tetiba dlm dewan periksa cam lost..ish ish..sedey2..Apapun tawakal je pas ni. Apa pun keputusan aku terima seadanya...


Hadapi Dengan Senyuman
Dewa

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi…
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua…kan baik-baik saja


Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah…
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah


Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

Saturday, April 25, 2009

Exam

ubjek artificial intelligent dengan Human Computer Interaction da selamat dijawab dgn jayanya.huhu berjaya la sgt. Minggu depan tinggal paper applied statistic ngn web scripting.
Cayok2 izzah..Buat kawan2 selamat menduduki peperiksaan..