Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

Tips how to become a powerful presenter

 
Ini bulan lepas punya cerita.I have attend powerful presentation skills training last month. The presenter who's a consultant and have experience for more than 20 years in this area. Gile la sgt Wow, superb bila tgk presenter tu bercakap..aku sgt jeles ok...Hopefully I can be like him one day..sapa taw kan..and i also penah berangan2 nak jd consultant.. So I just want to share  what I have learn during that training.Luckily i don’t felt asleep, tersengguk-senguk at that time =)
Tips how to become a powerful presenter :
1)Know the audience
- You should know your audience. Who are they? What are their needs? Knowledge? Approach your presentation from your audience perspective - not your perspective.

2)Apply the 3 Vs
Vocal - Make sure you use the right pitch, volume during presenting.Speak loud enough so everyone can hear. And also you need to pause. Jangan cakap cepat sangat mcm bullet train.
Verbal - Use proper grammar and pronounce word correctly. And emphasis words yang mana perlu ditekankan
Visual -
eye contact : focus on each person
facial expressions : avoid tense facial muscles, constant smilling. (Senyum perlu tapi xperlu sepanjang masa nak senyum)
posture : when standing, stand up straight but not stiff. Watch out for : hands in pockets, crossed arms, wringing hands.
 head movements : be aware of head movement and what they convey.
nodding = affirmation
shaking = denial
tilting = curiousity / uncertainty
holding head high = confidence

3) Manage your fear
No matter what nervous symptoms you experinece before your presentation, you're normal and not alone!  Tetiba la kan rasa macam nak luruh jantung bila bercakap depan orang ramai. Some people feel anxious that they will make embarrasing ,mistakes, forget what they are going to say, look nervous, sound boring, but its normal! The secret is to control nervousness.
Take deep breath
Psych Talk - talk to yourself positive word; 'Yes I Can Do It!'
Preparation - Be prepared. Do some research about what you are going to present.
Practise - Keep practising. Bercakap depan cermin ke, its really work!based on my experience..hehe

p/s : Its not what are you say. But how you say it!

Wednesday, February 24, 2010

Interview oh Interview

Sekarang ni ramai tengah sibuk apply untuk latihan industri.. Ada yang dah dapat feedback dari mana2 company, ada yang belum, dan ada jugak yang dipanggil untuk temuduga..Jadi aku nak kongsikan tips-tips persediaan menghadapi temuduga..tak kira la untuk latihan industri ataupun keja nanti..

Tips persediaan menghadapi temuduga

Datang awal

Rancang perjalanan dan pastikan tiba di tempat temuduga sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal..Kalau sampai lewat gerenti la bertambah-tambah gementar kan..Jadi masa menunggu ni la dapat relax untuk atasi gementar..


Bawa dokumen yang berkaitan

Jangan lupa untuk bawa segala transcript, sijil dan dokumen yang berkaitan


Eye Contact
Eye contact is very important measure of your trusthworthiness and confidence. Haa penting eye contact ni..Jangan pandang syiling, lantai plak masa ditemuduga..



First Impression
Jangan gentar bila hendak masuk bilik temuduga.Sesi temuduga sebenarnya bermula dari kita mula2 masuk lagi..Penemuduga akan tengok dari segi kita berpakaian, grooming, cara berjalan dll..Ucapkan assalamualaikum atau selamat pagi mengikut kesesuaian waktu..Jawab soalan dengan yakin..Penemuduga akan lihat cara kita berkomunikasi, konfiden ke idak..


Body Language

Duduk dengan selesa.Jangan silang kaki atau goyang-goyangkan kaki.Jangan letak tangan, siku atas meja.


Be Polite
Don't save your politeness for the interview.. Be polite from the moment step into the building


Don't Ramble
Elak kan menyebut " um, uh, ar, eh "..Sekiranya gementar, tarik nafas..


Keep your answer simple
Dengar carefully setiap soalan yang ditanya. Sekiranya tidak jelas, minta penemuduga untuk ulang soalan. Jawab soalan with direct answer..Jangan bercakap panjang lebar..


Be Prepared
Antara soalan-soalan favourite yang selalu ditanya
1) Tell me about yourself
2) Tell me about the company
3) Why do you want to work with us?
4) Why should i hire you ( instead of another candide)?
5) How can you contribute to our company?
6) What are your weaknesses?

Serba sedikit tips untuk menghadapi temuduga..Semoga tips ini dapat membantu rakan2..

Wednesday, January 27, 2010

Atasi Gementar Ketika Berucap

Memang tak dapat dinafikan perasaan gementar, takut,kurang yakin bila berucap di khalayak ramai.. Tak kisah la berucap dari segi menyampaikan pidato, hatta sewaktu pembentangan di dalam kelas sekalipun.




Tips Atasi Gementar Ketika Berucap

1) Bersedia
Buat persiapan dari segi bahan material yang lengkap semasa membuat pengucapan. Fahamkan isu yang akan diucap.


2) Siapkan diri
Berikan masa untuk berlatih apa yang akan diucapkan. Berlatih depan cermin( ni aku selalu wat waktu mula2 jd mc dulu) berkesan jgk cara ni sbb lebih yakin..


3) Kenal pasti penonton
Ucapkan salam kepada penonton, gunakan panggilan yang betul cnth Yang Hormat Dato', Yang Berbahagia or Yang Berhormat. Jangan sesekali tersalah sebut nama. Sebab sesetengah penonton sensitif terhadap nama.


4) Berfikiran positif
Kekuatan dalaman akan menukarkan perasaan gementar kepada tenaga positif dengan cara memberi perangsang kepada diri bahawa anda boleh melakukannya. Sentiasa yakin bahawa anda boleh melakukannya.


5) Pengalaman
Pengalaman yang lalu membina keyakinan diri dan ini adalah kunci kejayaan semasa memberi ucapan.

Wednesday, January 6, 2010

Tips Menjadi Kedekut

Time awal2 sem nie memang suka kan shopping sbbnya duit pt,JPA baru masuk..Sekarang memang la seronok, tapi kalo x berjimat, erm jawabnya kering la poket hujung2 sem nanti..
So azam aku tahun ni nak jadi kedekut..huhu..Tapi sebelum tu, ada beberapa perkara yang kena wat;

Tips Menjadi Kedekut

1) Beli barang yang perlu saja
erm ni masalahnya..sebelum shopping bkn men lagi wat list barang ape yg nak beli, tp ble g shopping alih2 benda yg x sepatutnya beli pun terbeli jugak..So ingat pasni kalo nak beli barang, tanya pada diri sendiri 'perlu ke beli barang ni' kalo xperlu, JANGAN BELI..


2) Berbelanja sewaktu jualan murah
Haa ni aku selalu wat..Shopping bile ade sale je..tp masalahnya bile ade sale beli punya la banyak..Hai sama jela ngan beli barang yang mahal..So ingat pasni beli time jualan murah, JANGAN BELI BANYAK..



3) Simpan untuk Hari Sesak

Dapat je duit ptptn or biasiswa terus simpan dalam ASB ke, bagi mak ayah simpan ke..Sebabnya kalo asyik nampak duit depan mata mesti asyik nak shopping je kan..Ingat LANGIT TAK SELALU CERAH, NASIB TAK SELALU DISEBELAHI TUAH!


4) Tawar-menawar

Jangan berat mulut tuk tawar-menawar..
tapi JANGAN BUAT NI DI SHOPPING COMPLEX..


5) Jangan mudah kesian
Penah x korang beli barang sebab kesian? Ni situasi yg selalu berlaku kt aku."dik mintak kasut ni saiz 5"..bile pakai ketat, mintak plak si pekerja tu g amik saiz 6..erm x berkenan plak..try kasut len plak..da try 3-4 pasang kasut, erm stil xberkenan..tp dalam ati 'kesian plak dia da byk kali g amik kasut, erm amik la sepasang'..
Haaha pelik kan aku ni..So pasni JANGAN MUDAH KESIAN


p/s Jangan jadi pemurah dengan menghabiskan wang kita di Megamall,KP, ECM dan kawasan2 yang sma waktu dgnnya