Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Thursday, August 5, 2010

Pelajar sekolah berkahwin selesaikan masalah?


Selepas mencadangkan ditubuhkan sekolah bagi pelajar mengandung, sekarang kerajaan negeri Melaka mencadangkan supaya pelajar lelaki di bawah 18 tahun dan pelajar perempuan di bawah 16 tahun dibenarkan berkahwin bagi mengelakkan kehamilan luar nikah dan masalah buang bayi. Bagi kerajaan negeri Melaka, cadangan ini adalah langkah terbaik bagi menangani gejala hamil luar nikah di kalangan remaja.

Bagi saya biarpun cadangan tersebut berniat ikhlas untuk membanteras gejala kehamilan luar nikah, namun saya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Ini kerana :

Kahwin berlandaskan nafsu
Walaupun Islam mengalakkan berkahwin awal, namun ia bukan berlandaskan nafsu semata-mata. Bimbang kes penceraian akan meningkat disebabkan kurang tanggungjawab dan masih belum matang. (abaikan anak, isteri)

Kurang rasa bertanggungjawab
Memang tak dinafikan zaman dulu ramai yang berkahwin awal. Seawal usia 15 tahun, dan mampu menguruskan rumah tangga dengan baik. Sebabnya remaja zaman dulu dah didedahkan menguruskan rumah tangga bagi perempuan, bagi lelaki sudah pandai mencari rezeki. Tapi kita lihat situasi sekarang dengan pengaruh tv, internet, budaya hedonisme yang mempengaruhi remaja zaman sekarang. Mereka lebih kepada hiburan semata-mata.Di pusat beli belah pelajar-pelajar sekolah melepak, berfoya-foya.

Kurang fokus terhadap pelajaran
Keputusan membenarkan pelajar sekolah berkahwin juga dikuatiri akan menyebabkan mereka keciciran dalam pelajaran. Mana nak pegi sekolah, tuisyen, jaga anak.

Saya tak nafikan keputusan membenarkan pelajar sekolah berkahwin secara tidak langsung dapat menyelesaikan gejala hamil luar nikah.Namun ini bukanlah penyelesaian secara menyeluruh kerana tidak menyelesaikan masalah hingga ke akarnya.

Didikan agama dan moral
Pendidikan agama dan moral yang kurang dititikberatkan turut menyumbang kepada permasalah ini. Didikan agama haruslah bermula sejak dari kecil bermula dari rumah. Ibu bapa perlu menekankan didikan agama dan moral kepada anak-anak dan tidak mengharapkan guru/ustaz/ustazah di sekolah semata-mata.

Cegah Pergaulan Bebas
Kerajaan seharusnya mengambil langkah pencegahan dengan menyekat segala aktiviti dan tempat-tempat yang boleh membuka ruang kepada remaja untuk terjerumus ke kancah zina spt pusat-pusat hiburan, pusat rekreasi yang tersorok dari pandangan, hotel-hotel bajet milik bapak-bapak ayam.

Sekat laman web lucah, rancangan hiburan
Kerajaan juga harus menyekat laman-laman web lucah serta media massa perlu siarkan rancangan ilmiah.Jika dilihat sekarang rancangan-rancangan yang disiarkan adalah hiburan semata-mata yang mengusutkan intelektual pelajar.



Gamaknya cenggini la yerk situasi kt sek nanti..huhu


p/s: Cadangan tersebut seolah-olah mencantas ranting-ranting pokok yang pastinya akan tumbuh kembali kerana akarnya masih utuh.

Tuesday, June 1, 2010

KEJINYA ISRAEL

JIJIK..KEJI..TERKUTUK..
itu yang digambarkan pada rejim Israel yang menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.

Penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia.

Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.
Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini.
  1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
  2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
  3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
  4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
  5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
  6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
  7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA)
  8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
  10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
  11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
  12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.
Marilah kita berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.


sumber: www.lifeline4gaza.org

Tuesday, January 5, 2010

Bantahan terhadap keputusan mahkamah tinggi

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya benar-benar menggemparkan umat Islam di Malaysia.

Perkara-pekara yang perlu diambil perhatian :
  1. Nama Allah tidak boleh dipanggil melainkan hanya kepada tuhan yang sebenar. Maka dengan itu tiada pihak yang boleh menamakan sekutu-sekutu Allah yang didakwa oleh manusia sebagai tuhan atau perantara tuhan sebagai Allah. Ini seperti memanggil berhala, atau batu, atau patung, atau manusia dengan panggilan Allah. Jika ini berlaku, muslim memang wajar menentang dan membantah. Musyrikin Quraish yang memanggil tuhan sebenar Allah tetapi mensyirikkanNya, pun begitu tidak menamakan berhala mereka dengan nama Allah, sebaliknya menamakan berhala-berhala mereka dengan panggilan al-Lata, al-‘Uzza, Manat dan seumpamanya.

  2. Manusia memang sewajar memanggil tuhan yang sebenar Allah. Ini juga membuktikan ajaran Islam yang memanggil tuhan ‘Allah’ itulah yang benar. Maka, tidak mengapa, bahkan sepatutnya semua manusia tanpa mengira agama menyatakan “Allah yang menciptakan alam”, “Allah yang menurunkan hujan”, “Allah menyuruh kita melakukan kebaikan” dan seumpamanya. Perkataan-perkataan itu benar. Adalah tidak wajar seorang muslim membantah apabila mendengar bukan muslim menyatakan perkara seperti itu. Bahkan al-Quran menyebut: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

  3. Jika mereka akur Allah adalah Tuhan sebenar, lalu mereka memanggilnya dalam ibadat mereka maka seorang muslim tidak boleh mengganggu urusan ibadah agama lain. Walaupun Islam mempertikaikan kesyirikan mereka, tetapi kebebasan beribadah adalah hak setiap agama.

  4. Bukan muslim tidak boleh menggunakan nama Allah untuk penyebaran dakyah yang menghina Islam. Ini seperti mempersendakan Allah dalam sebaran kepada masyarakat Islam atau mempermain-mainkan nama Allah dalam tulisan, lukisan, filem dan seumpamanya seperti yang sering berlaku dalam masyarakat Barat.

  5. Bukan muslim tidak boleh memputarbelitkan ajaran Islam dengan mempergunakan nama Allah sebagai umpan. Tindakan provokatif seperti itu wajar diambil tindakan tegas. Adalah menjadi prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh Islam bahawa tiada siapa pun boleh memutar belitkan maksud ajaran pihak lain. Orang Islam juga tidak boleh memutarbelitkan ajaran agama lain.

  6. Menyebut nama Allah dalam pergaulan antara muslim dan bukan muslim dengan cara yang hormat dan mengagungkan Allah seperti bukan muslim menyebut kepada muslim “semoga Allah merahmati kamu”, atau “semoga Allah memberi rezeki kepada kamu” adalah diizinkan. Bahkan itulah yang sepatutnya. Nabi s.a.w ketika membuat perjanjian dengan Quraish Mekah juga masing-masing menggunakan nama Allah seperti hadis Muslim: Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.
sumber dari http://drmaza.com/home/

Sama-samalah kita menyuarakan bantahan terhadap penggunaan kalimah Allah dalam Herald-The Catholic Weekly .Sila klik untuk tandatangan petisyen

http://www.muslimconsumer.org.my/herald/index.php


Thursday, November 5, 2009

Perubahan Budaya Politik; Dari Rakyat untuk Rakyat

Setengah abad telah berlalu, negara telah pun menyaksikan pelbagai perubahan dari sudut infrastruktur, ekonomi, teknologi serta keluasan didalam bidang ilmu di Malaysia. Namun tidak di nafikan terdapat seribu satu kelemahan dalam negara Malaysia tercinta ini yang semakin lama semakin memberikan bibit-bibit kesakitan buat rakyat jelata.
Rasanya seakan baru Pakatan Rakyat telah digagaskan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri ketika era Tun Mahathir,siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim. Kebanyakan rakyat merasa selesa dan gembira di dorong oleh perasaan benci pada Kerajaan pimpinan parti Barisan Nasional. Hakikatnya tertubuhnya pakatan rakyat, mulalah era baru sistem politik dua parti di Malaysia,ala-ala democrat dan republican di USA.
Sedar tidak sedar suara rakyat kini cuma menjadi dua. Antara Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Baik buruk polisi kedua-dua parti ini, inilah saja pilihan kita. Maka saat ini, tika ini, adalah suatu yang baik bagi rakyat mengubah sikap dan budaya politik di Malaysia. Adalah suatu yang kurang pintar jika rakyat hanya taksub kepada sesetengah parti dan mengenepikan pandangan parti lain.

1)Jauhi Ketaksuban pada Parti Politik untuk rakyat.
Perubahan yang saya maksudkan disini adalah perubahan dari segi pandangan politik. Rugilah rakyat sekiranya taksub dengan suatu parti, sedangkan parti itu mempunyai kemampuan yang terhad untuk memperjuangkan hak-hak rakyat.
Ketaksuban ini akan membuatkan pemimpin parti merasa selesa kerana punyai penyokong kuat, “biarlah badai menimpa penyokongku tetap bersamaku”, “biarlah duit rakyat ku sapu, penyokong ku kata itu memang hak aku”...”biarlah lawan ku maki, penyokong kata memang layak dia letak di kaki”..
Akhirnya ketaksuban kepada parti-parti tertentu akan mengakibatkan kurangnya faedah yang dapat di terima oleh rakyat. Siapa yang banyak mengampu dialah yang dapat projek. Siapa yang banyak mengampu, kampong dialah yang akan maju. Siapa yang menentang jangan harap nak dapat bantuan. Tolong orang yang mengampu sahaja, orang yang mengkritik walaupun untuk kepentingan rakyat akan di ketepikan.
Inilah politik Malaysia, pemimpin menjadi tuan, rakyat menjadi hamba. Kini sudah tiba rakyat untuk berkuasa..50 tahun terberlengu oleh politik negara dunia ketiga. Sudah masanya kita bergerak maju kehadapan..

2)Bebaskan diri dari ikatan parti politik
Sebagai golongan muda, kita sememang perlu sedar dan mula berfikir, terikat dengan mana-mana parti politik merupakan suatu punca kelemahan kuasa rakyat. Kuasa rakyat bukan terletak kepada pemimpin tertentu, tetapi kuasa rakyat terletak di dalam diri rakyat sendiri..Pilihlah pemimpin bukan kerana parti(brand) tetapi pilihlah pemimpin kerana akal budi. Tidak salah menyertai mana-mana parti politik asalkan waktu memangkah, undilah pemimpin yang dekat pada rakyat, undilah pemimpin yang berwibawa,undilah pemimpin yang berintegriti, sekali pun calon itu bukan dari parti yang kita sertai.
Maka apabila kita memilih individu bukan parti, suara kita lebih tinggi dari suara ketua2 mereka..kerana mereka di lantik atas dasar individu..kalau mereka dipilih atas dasar parti maka mereka akan beranggapan suara ketua parti lebih utama, “kalau bukan sebab parti aku tak menang pilihan raya”...kita kena ajar mereka kata “kalau bukan sebab rakyat, aku takkan menang pilihan raya”(Allah yang menentukan,tetapi rakyat menjadi penyebab)
Inilah titik tolak kepada kuasa rakyat, Pemimpin membawa suara rakyat bukan rakyat yang menyokong suara pemimpin.. Biar setiap yang keluar dari mulut ahli parlimen itu adalah kehendak kita, bukan kehendak Bos parti mereka. Inilah yang dinamakan perpaduan di kalangan rakyat, tak perlu nak tunggu kerajaan perpaduan.Biarkan perdana menteri menjadi ketua kerajaan, tetapi rakyat perlu memberi mesej yang jelas BOSS sebenar adalah RAKYAT!!!bukan ketua kerajaan atau parti..

3)Sampaikan mesej yang jelas ketika pilihanraya.
Kebiasaan di kaca-kaca tv, pemimpin memberikan mesejyang jelas kepada rakyat ketika pilihan raya
“kalau parti kami menang, kawasan ini akan dapat jambatan,jalan,sekolah..bla..bla..bla..kalau kalah kami tak dapat nak bantu, rakyat tolak kami”
Sepatutnya ketika kempen, dari kita mengampu dan mencacai pada pemimpin minta belas kasihan minta jalan kita patut beri mesej jelas..
“kalau kami tak dapat jambatan,sekolah..bla..bla..bla.. jgn harap parti tuan nak menang”
Rakyat mesti sedar, Rakyat adalah boss, dan boss yang memberikan arahan!!!
JAUHI PENGAMPU DAN TAKSUB PADA PEMIMPIN TERTENTU

4)Rakyat mempergunakan pemimpin bukan pemimpin menggunakan rakyat
Sepanjang pengamatan saya selama hampir tiga tahun di United Kingdom(penulis merupakan pelajar di sebuah Institut pengajian tinggi di Birmingham UK), Belum pernah keluar di siaran tv, pemimpin-pemimpin parti politik mengajurkan tunjuk perasaan menentang dasar kerajaan. Kerana apa??? Boss(rakyat) mahu pemimpin menentang dasar lemah kerajaan di House of Common(dewan rakyat)..Rakyat buat tunjuk perasaan, gesa ahli parlimen kritik dasa Brown..Rakyat hantar surat pada local MP desak MP bawa suara dan permintaan rakyat di peringkat pusat..
Rakyat tidak mahu pemimpin pembangkang hanya berpolemik di jalan, menentang kerajaan, rakyat tidak mahu local MP hanya mampu kata Yes boss pada PM. Maka tidak hairanlah tatkala saya melihat MP kerajaan mengkritik dasar ketua mereka, bukan kerana mahu popularity tetapi atas kehendak dan kemahuan rakyat di kawasan mereka.
Di United kingdom rakyat mempergunakan pemimpin untuk membawa suara mereka. Bukan pemimpin menganjurkan perhimpunan untuk tunjuk parti mereka disokong rakyat..
Jauhi dari dipergunakan pemimpin..sebaliknya GUNAKAN PEMIMPIN UNTUK KEPENTINGAN KITA SEBAIK2nya...

5)Jauhi sentimen kebencian pada lawan
Sebagai seorang rakyat yang bijak, adalah suatu yang baik jika kita jauhi diri kita dari menilai penyokong parti lawan berdasarkan sentimen kepartian..sebaiknya nilailah dengan adil, kerana perpaduan sesame rakyat adalah lebih penting dan lebih menguntungkan..
Adapun budaya fitnah memfitnah hanya kerana perbezaan pendapat yang kecil bukanlah suatu budaya dan ajaran di dalam mana-mana agama. Biarlah siapa saja yang kita sokong, tetapi dalam menentukan hak rakyat biarlah kita satu suara. Suara rakyat, Kehendak rakyat, Kepentingan rakyat,Cita-cita rakyat perlulah menjadi priority buat kita BUKAN suara pemimpin,kerusi pemimpin,kehendak pemimpin, cita-cita pemimpin yang kita perjuangkan...KITALAH PEMIMPIN KEPADA NEGARA!!!!!!!!

Sekian
MrMYYusop
University of Birmingham
England, United Kingdom

Monday, August 10, 2009

Kes Maut H1N1 meningkat 32

Lima lagi mati, kes terkumpul hidap Influenza A bertambah 1,983 orang

KUALA LUMPUR: Lima lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) disahkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian meningkat kepada 32 orang di seluruh negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata sejumlah 203 kes baru H1N1 dilaporkan dengan semuanya adalah kes tempatan membabitkan rakyat Malaysia, menjadikan jumlah terkumpul kes H1N1 bertambah kepada 1,983 kes. "Daripada lima kematian itu, hanya satu kematian yang berlaku pada 9 Ogos, manakala yang lain adalah kematian yang berlaku terdahulu dan hanya disahkan secara rasmi ada kaitan dengan jangkitan H1N1 pada 7 dan 8 Ogos.

"Tarikh kematian sebenar lima kes itu adalah dua kematian pada 5 Ogos, diikuti dua kematian pada 8 Ogos dan satu kematian pada 9 Ogos. Majoriti kes kematian membabitkan mereka yang berisiko tinggi seperti berpenyakit kronik dan warga tua," katanya dalam satu kenyataan, semalam. Beliau berkata, seramai 67 pesakit sedang dirawat di hospital dan 15 lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). "Daripada 15 kes yang berada di ICU, enam daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu tiga kes mempunyai penyakit kronik dan masing-masing satu kes obesiti, selepas bersalin dan bayi," katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta pesakit dan mereka yang mempunyai hubungan dengan pesakit H1N1 supaya mematuhi arahan kuarantin yang dikeluarkan. "Jika mereka tidak mengikut arahan, ia akan membahayakan orang lain dan menyebabkan penularan yang lebih teruk," katanya. Berikutan kes yang semakin meningkat, beliau berkata, kementerian akan mendapatkan bantuan doktor di hospital dan klinik swasta membantu merawat pesakit H1N1 serta melaporkan segera kes berkenaan. "Rakyat jangan panik kerana kadar kematian penyakit ini sangat rendah dan kematian banyak membabitkan golongan berisiko. Keadaan wabak ini juga masih terkawal.

"Apa yang penting, semua pihak perlu menjaga kebersihan dan mengambil langkah tertentu seperti kuarantin diri, elak berkunjung ke tempat awam dan dapatkan rawatan segera jika mempunyai tanda wabak," katanya.

Tuesday, June 9, 2009

MAJLIS PERUNDINGAN PELAJAR KEBANGSSAN (MPPK)

ISU:

TRANSFORMASI EKONOMI MALAYSIA
KE ARAH PERSAINGAN KOMPETETIF

Disediakan oleh:

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Malaysia Pahang(UMP) sesi 2008/2009

PENGENALAN

Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang diilhamkan Allahyarham Tun Abdul Razak telah banyak memberikan kebaikan dan membuka ruang-ruang ekonomi kepada rakyat Malaysia. Namun begitu, dasar yang banyak menaungi sebahagian besar orang melayu ini dikatakan tidak mencapai sasaran yang diingini kerana dimonopoli oleh golongan-golongan tertentu. Hasrat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang menyatakan semangat DEB sewajarnya diteruskan perlu dipandang serius dari segi pelaksanaannya supaya perkara yang sama tidak berulang. Krisis ekonomi yang melanda Amerika Syarikat telah memberi kesan langsung kepada semua negara di seluruh dunia. Malaysia yang masih bergantung kepada eksport dan import dagangan dunia memerlukan pakej rangsangan ekonomi yang membantu menjana prestasi ekonomi negara. Stimulus pakej rangsangan ekonomi ke dua sebanyak RM 60 billion yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 10 Mac 2009 di parlimen mengejutkan banyak pihak dan memberikan keyakinan baru kepada pelabur untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan. Persoalannya, apakah komitmen pihak pemerintah untuk memastikan setiap usaha dan perancangan dilaksanakan dengan baik.

Antara kesan awal Transformasi Ekonomi Malaysia ialah membuka peluang pekerjaan seluas-luasnya kepada rakyat Malaysia. Persoalannya ialah sejauh mana anak-anak muda terutamanya dikalangan graduan tempatan merebut peluang mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang sedia ada. Seterusnya mengurangkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia. Transformasi ekonomi akan membantu membahagikan kekayaan negara mengikut nisbah populasi setiap kaum. Dengan slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan akan memberi ruang seluas-luasnya kepada transformasi ekonomi yang diharapkan dapat membantu seluruh rakyat Malaysia. Kesan lain yang akan dialami oleh Malaysia ialah peningkatan aliran pelabur asing di Malaysia. Keyakinan pelabur asing seharusnya menjadi keutamaan pemerintah Malaysia dalam memastikan ekonomi terus berdaya saing dan mampan.

KESAN LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG

Kesan transformasi ekonomi ini secara langsung mampu meningkatkan peluang pekerjaan daripada pelbagai sektor. Kita dapat melihat pelbagai iklan-iklan tawaran kerja dipaparkan di akhbar-akhbar tempatan menunjukkan ruang kerja yang meluas. Contohnya disektor kejuruteraan, peluang pekerjaan disediakan oleh banyak pihak seperti Petronas, Hicom dan Sime Darby. Ini juga disebabkan oleh peningkatan taraf pendidikan dikalangan masyarakat terutamanya pemuda-pemudi tunjang negara pada masa akan hadapan. Di sini, lahirlah graduan-graduan yang berintelektual dan berdaya saing. Sumber tenaga kerja yang telah dibentuk amat diperlukan disebabkan oleh persaingan kompetitif yang wujud dikalangan syarikat-syarikat yang ingin terus meningkatkan prestasi syarikat masing-masing. Syarikat tempatan akan bersaing diantara satu sama lain bersama-sama dengan syarikat dari pelabur asing. Kesan pertambahan peluang pekerjaan ini juga mampu membasmi kemiskinan dan pengurangan kadar pengangguran disamping meningkatnya taraf hidup di semua lapisan masyarakat. Kesan tidak langsung dari penyertaan pelaburan asing ke negara ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada penambahan ilmu kepakaran dan kemodenan dari segi infrastruktur.

Seterusnya, antara kesan lain ialah mengurangkan jurang ekonomi antara kaum khususnya dari segi pendapatan isi rumah, pemegangan ekuiti, pemilikan harta, dan produktiviti.

Malaysia merangkumi tiga kaum utama iaitu Bumiputera sabanyak 65% dan bukan Bumiputera yang mencangkupi Cina sebanyak 25% dan India sebanyak 7% dan bakinya terdiri daripada kaum-kaum lain. Oleh itu dalam merealisasikan transformasi ekonomi, pembahagian harta kekayaan yang perlu dikuotakan di negara kita seharusnya mengikut nisbah populasi kaum di negara ini bagi menjamin pembahagian harta secara adil dan seterusnya mengurangkan jurang antara kaum di Malaysia.

Kita sedar bahawa dalam Rancangan Malaysia ke-9, pelbagai langkah telah diambil oleh pemerintah dalam membasmi kemiskinan yang secara tidak langsung dapat mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Pemerintah telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 5.7 peratus pada tahun 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007 dengan bermatlamatkan kemiskinan tegar dapat dihapuskan menjelang tahun 2010. Oleh itu, dalam membentuk transformasi ekonomi kearah persaingan kompetetif, pemerintah seharusnya menukar bantuan yang diberikan untuk jangka masa pendek kepada bantuan yang dapat diperkembangkan ibaratnya seperti memberi joran dan diajarkan kepada mereka untuk memancing ikan. Pada masa kini dibawah pemerintahan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri yang baru, pemerintah akan membangunkan sektor perkhidmatan dan juga menggalakkan sektor pembuatan yang menjadi peneraju kekayaan negara. Justeru, pengusaha perusahaan kecil sederhana (PKS) perlu mengambil peluang ini dalam menjadi pengeluar yang kompetitif bagi memastikan kelangsungan produk mereka kekal dalam pasaran dan seterusnya jurang antara kaum dapat dikurangkan dan memastikan pembangunan dan kemajuan negara dalam keadaan stabil.

Salah satu kesan daripada transformasi ekonomi Malaysia ke arah persaingan kompetetif adalah lebih banyak aliran pelaburan asing berlaku. Peningkatan aliran kemasukan pelaburan asing akan membantu prestasi ekonomi sesebuah negara. Perpindahan teknologi dan kemasukan buruh mahir asing secara tdak langsung dapat meningkatkan pertumbuhan negara melalui perkongsian maklumat dan perpindahan teknik-teknik pengeluaran yang cekap. Peluang pekerjaan domestik dan tenaga mahir serta separa mahir tempatan akan meningkat disebabkan oleh aktiviti pelaburan oleh syarikat multinasional yang beroperasi di negara ini. Selain itu, kemasukan pelaburan asing akan meningkatkan defisit akaun pendapatan pelaburan negara kerana penghantaran pulang pendapatan pelaburan oleh negara asal. Tambahan pula, liberalisasi perdagangan dan liberalisasi kewangan yang berlaku menyebabkan aliran dana antara negara agak bebas bergerak dari satu negara ke negara yang lain.

KRITIKAN DAN PEKARA YANG PERLU DIAMBIL BERAT

Transformasi ekonomi merupakan agenda penting negara yang memerlukan usaha dan komitmen berterusan terutamanya daripada pemerintah Malaysia. Rakyat pada amnya meletakkan harapan tinggi terhadap kepimpinan negara Malaysia di bawah Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak untuk memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada lebih stabil dan mampan. Pemerintah Malaysia seharusnya mengambil berat soal daya tahan ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang dan pendek. Daya tahan ekonomi Malaysia terhadap spekulator asing yang mengancam kestabilan akan mempengaruhi pelabur asing masuk ke dalam pasaran Malaysia. Antara langkah-langkah Transformasi Ekonomi yang perlu dilakukan terlebih dahulu ialah:

1. Kestabilan politik Malaysia

-Pihak pemerintah bersama-sama pihak pembangkang seharusnya lebih proaktif mencari titik persamaan dan membantu meningkatkan daya saing ekonomi Malaysia. Parti pemerintah seharusnya mengamalkan semangat demokrasi yang tulen dalam usaha membantu kesenangan rakyat. Transformasi ekonomi hanya akan berjaya apabila kestabilan politik dapat dicapai melalui pengamalan semangat demokrasi yang tulen.

2. Memperteguh sistem kehakiman dan perundangan negara

-Sistem kehakiman di negara kita seharuslah berada di tahap yang tertinggi dari sudut integriti demi menjamin kelangsungan ekonomi agar tumbuh dengan lebih mampan. Sistem kehakiman hari ini dapat dipertingkat dengan wujudnya sistem perlantikan hakim dengan lebih efisyen dan telus. Hal ini sangat penting kerana seseorang hakim merupakan tunjang kepada pembentukan integriti sesebuah negara. Pelaksanaan sebarang denda dan hukuman wajarnya dilakukan dengan adil dan saksama serta tidak wujudnya sebarang pilih kasih terutamanya dikalangan golongan atasan.

3. Pengukuhan institusi kewangan

Faktor yang menyuburkan potensi pertumbuhan di Malaysia ini adalah disebabkan sistem kewangan yang kukuh dan stabil yang dikawalseliakan. Ini dapat meyakinkan para pelabur asing untuk berurusan di negara ini kerana faktor keselamatan dan kestabilan terjamin. Tindakan ini diharapkan agar sektor kewangan lebih efisyen dan seiring dengan keperluan ekonomi semasa.

4. Memperhalusi kaedah pelaksanaan di setiap Wilayah Pembangunan Koridor

Wilayah Pembangunan Iskandar(WPI), Wilayah Pembangunan Ekonomi Utara(NCER), Wilayah Pembangunan Ekonomi Timur(ECER), Koridor Pembangunan Sabah(SDC) dan Sarawak Corridor of Renewable Energy(SCORE) seperti mana yang telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi seharusnya diperincikan kembali cara pelaksanaannya dalam memberi impak yang maksima kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Projek mega ini jika diperhalusi dapat memberikan pulangan yang lebih besar kepada Malaysia kerana ia secara tidak langsung dapat menjamin kepercayaan pelabur-pelabur luar untuk mencurahkan tenaga pakar mahupun melabur dari segi kewangan di negara ini.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Transformasi Ekonomi Malaysia merupakan satu cabaran yang perlu dilihat dari sudut yang positif. Transformasi Ekonomi Malaysia memerlukan komitmen padu dan strategi yang khusus agar segala aspek dapat disentuh dan dibangunkan. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai potensi besar dalam pelbagai sektor ekonomi. Pemerintah Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak seharusnya bersama-sama barisan kabinet melihat Trasnformasi Ekonomi Malaysia sebagai satu komitmen yang serius dan mendatangkan impak jangka masa panjang terhadap ekonomi Malaysia. Pihak pemerintah dan rakyat Malaysia perlu bersatu hati dan berusaha bersungguh-sungguh supaya setiap perancangan dapat diterjemahkan ke dalam bentuk keputusan iaitu sehingga prestasi ekonomi Malaysia berada pada tahap yang boleh dibanggakan.

Ringkasan Eksekutif

Kertas kerja Transformasi Ekonomi Malaysia Ke Arah Persaingan Kompetetif merupakan satu usaha kami,Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang(MPP UMP) menyuarakan pandangan kami mengenai situasi ekonomi di Malaysia melalui kaca mata sebagai mahasiswa dan peranan pihak pemerintah untuk bersama-sama mengambil tindakan demi kebaikan Malaysia. MPP UMP sebagai wakil kepada instituisi universiti teknikal perlu bersama-sama dengan pihak pemerintah untuk kita bergandingan menyelesaikan kemelut masa kini.

Di dalam kertas kerja ini, kami MPP UMP menggariskan kesan kepada pelaksanaan Transformasi Ekonomi Malaysia yang akan membuka lebih banyak peluang kepada seluruh rakyat Malaysia. Transformasi ekonomi Malaysia bukanlah ancaman kepada or ang melayu malah inilah peluang kepada seluruh rakyat Malaysia kepada amalan politik baru dan sistem tadbir urus( governan) yang lebih adil dan bijaksana.

Kepercayaan dan tarikan pelabur asing bagi merancakkan ekonomi Malaysia sangat di beratkan. Penilaian kepada setiap projek akan membantu Malaysia lebih berperanan dalam meyakinkan pelabur asing seterusnya mengangkat prestasi ekonomi malaysia ke tahap tertinggi.

Dengan sumber asli yang banyak, Malaysia merupakan negara berpotensi besar untuk berkembang lebih kehadapan.berbanding negara-negara lain. Malaysia memerlukan Transformasi Ekonomi dari sudut sistem governan yang lebih efisyen dan berdaya saing. Apabila sistem urus tadbir ditentukan oleh orang-orang yang mempunyai kepakaran, keyakinan pelabur akan bertambah dengan sendirinya.

Seharusnya, pemerintah Malaysia mesti mengambil tindakan serius agar dapat ,mengatasi krisis ekonomi yang melanda hampir semua negara.