Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Saturday, July 17, 2010

Sebulan sudah

Dah sebulan rupanya aku berpraktikal
Cepat je masa berlalu
Rasa macam baru semalam je lapor diri kat Infineon
Teringat lagi 1st day masuk aish boleh sesat

Aku assigned di Manufacturing IT..
Da nama pun IT
so keja aku tiap-tiap ari menghadap coding dan error
Asyik-asyik error memang tension
boleh luruh rambut
Tapi bile system boleh run dengan jayanya
rasa macam mau jerit je..
Sebab sonok


Dan yang paling bahagia sekali
aku dok umah
Boleh le melepas rindu kat mak ayah ngan
anak sedara aku
Tiap-tiap ari makan masakan mak
(saje nk bagi korang dengki..keh2)

Apepun still ada 5 bulan lagi
So gud luck kawan2
Ambil peluang dan pengalaman sebanyak mungkin
sepanjang praktikal ni

Sunday, December 6, 2009

"Negara kebajikan", impian yang perlu di kawal

Mungkin isu negara kebajikan ini sudah lama menjadi bual mulut masyarakat ramai. Paling kerap tatkala pilihanraya. Terkadang aku tergelak mendengar ahli-ahli politik menabur janji untuk menubuhkan negara berkebajikan. Elaun itu elaun ini, elaun untuk ibu tunggal, elaun untuk orang-orang tua, elaun untuk orang miskin,elaun pelajar dsb.. Ramai pula sambutan nya. Dan setiap kali aku melihat ahli-ahli politik ini terlalu menumpukan wang yang mahu ditabur kepada orang miskin dan bawahan, hati aku berasa begitu tidak senang,bahkan merasakan mereka melakukanya bukan atas dasar tanggungjawab, dan tidak lebih dari sekadar kempen politik mereka.

Tidak perlu aku labelkan parti pemerintah mahu pun pembangkang, kerana sudah menjadi kebiasaan aku untuk berkempen kepada ketidak taksuban politik di Malaysia. Baik pembangkang mahupun kerajaan, aku berasa tidak senang jika mereka terlalu menabur duit kepada rakyat di dalam bentuk elaun bulanan.

Tidakkah negara kebajikan baik???

Baik bagi mereka yang cuma mahukan duit dari ahli politik, mengampu, membodek, hanya untuk beberapa ratus ringgit sebulan, dan kadang2 lebih teruk, hanya untuk musim pilihanraya..

Apa gunanya wang pembayar cukai???golongan atasan dan pertengahan???

golongan pertengahan terutamanya..mereka berkerja seharian, dengan gaji lingkungan RM2000 sebulan, terkadang tatkala pilihanraya, hanya golongan miskin dibantu..padahal mereka bukanlah golongan yang senang sangat hidupnya.. Tatkala harga minyak naik mendadak, harga barang begitu mahal..kos sara hidup begitu tinggi..dan ahli-ahli politik cuma ghairah mahu beri elaun bulanan kepada golongan tua dan ibu tunggal...

Ya ibu tunggal dan orang tua berhak menerima bantuan, apakah elaun bulanan cara terbaik???

Aku menyaksikan dengan mata kepala ku kesan dari negara kebikan yang tidak dikawal.. apakah dengan hanya memberi elaun bulanan hasil dari pengutan pembayar cukai suatu cara yang baik???

No..No..No!!!!

Di United Kingdom, kerajaan di bawah parti buruh(Mr Brown) mengutip peminta2 sedekah, beri mereka rumah, beri mereka elaun bulanan... ibu tunggal diberi rumah(kami panggil rumah council).. Imigran yang tidak mempunyai perkerjaan diberi rumah dan elaun..dsb

KEsannya, mereka ini menjadi beban kepada kerajaan sekarang. Mereka mampu berkerja tetapi berharap kepada duit kerajaan(atau lebih tepat tax payer money)..tambah membebankan apabila kawasan perumahan council(orang2 "susah") seringkali menjadi sarang anti-social group.. anak2 mereka menjadi kurang terdidik(barangkali keluarga juga malas bekerja)..mereka kerap menimbulkan masalah2 social..memang menjadi kebiasaan kami mengelak dari menyewa rumah berdekatan dengan perumahan council(rumah dewan bandaraya)..

NAh!!!inilah kesan negara kebajikan yang suka menabur bantuan tanpa kawalan..aku kadang2 berasa jelek apabila individu yang suka nak bagi bantuan tanpa kawalan ini diangkat oleh bangsaku sebagai pemimpin yang baik..hakikatnya, kesan nya..amat buruk..di united kingdom orang2 council ini jadi begitu malas, dan kadang2 memohon bantuan untuk anak2 mereka..akhirnya mereka satu keluarga duduk rumah kerajaan...

PArti conservative(tory) sememangnya menentang kebajikan cara ini..bagi mereka sekiranya mereka berkuasa satu hari nnt, mereka akan ubah balik sistem pemberian bantuan kepada orang yang miskin(kononya)..

Di Malaysia..

Budaya membantu tanpa kawalan ini aku lihat semakin merebak.. di kampung tempat aku dilahirkan, aku melihat orang kampung sibuk memohon mendapatkan bantuan Jabatan kebajikan masyarakat (RM300sebulan)..bnyak dikaca mata aku.. aku melihat kadang2 mereka tidak layak menerima bantuan tersebut..ada orang tua2 yang punyai ramai anak, berkereta besar2..tetapi menerima bantuan tersebut..ada anak2 yang tak malu memohon untuk orang tua mereka..nah perkara sama aku lihat di UK..Tidak ramai juga yang asyik2 minta bantuan..dah lah anak ramai, dapat elaun 300 sebulan, atap rumah bocor pon nak minta bantuan lain lagi...

Inilah yang kalau kita biarkan akan menjadi suatu budaya sama yang saya lihat diUK..budaya malas..orang galak minta batuan, pemimpin galak beri bantuan..aku tak salahkan pemimpin juga, kalau mereka tidak beri rakyat tolak mereka...Rakyat demand pada negara kebajikan..mereka kasi asalkan mereka dapat kerusi...

Kawal istilah kebajikan!!!!!

Sebagai rakyat yang mempunyai akal fikiran yang bijak lagi waras, TOLAK PEMIMPIN YANG BERKEMPEN untuk bagi terlalu bnyak bantuan berupa wang..kalau mereka kata "orang tua elaun ini..ibu tunggal elaun ini...orang menganggur elaun ini"

JANGAN PANGKAH MEREKA!!!!

"Ada ramai orang yang nak berbuat baik tetapi tidak sampai tujuannya...

Pemimpin yang bijak bukanya pemimpin yang menabur duit pada rakyat atas nama kebajikan..bukan yang sewenang2nya mnabur elaun2 bulanan pada rakyat dan mengenepikan pembayar2 cukai yang lain..mengenepikan kehidupan gologan pertengahan yang semakin terhimpit...Tolak mereka yang suka beri tanpa berfikir panjang..kadangkala mereka memberi bukan untuk kebajikan rakyat, cuma memberi ini kelihatan lebih populist dan lebih mudah untuk mereka secure kerusi mereka

NEGARA KEBAJIKAN YANG KITA MAHUKAN ADALAH

Aku tidak mahukan pemimpin yang terlalu mudah membaling duit pembayar cukai kepada rakyat..
Duit pembayar cukai sepatutnya digunakan dengan cara yang lebih bijak seperti:

1)Menaik taraf pengangkutan awam..(seriiously pengankutan awam kat msia cam taik)
2)Menaik taraf Hospital kerajaan(hospital kerajaan punya service..emmm..xpayah ulas lah)
3)Kawal harga barang(OMG, kerajaan patut guna duit pembayar cukai untuk kawal harga barang, baru nama kebajikan)
4)Naik taraf facaliti pendidikan(kalau komputer kat uni slow cam siput aduhai..uni kurang komputer..antivirus xupdate..bla..bla..bla..)
5)naik taraf internet(internet kat UK lagi murah dari msia RM140sebulan kelajuan 20Mbps msia??Rm99 514kbps??)
6)More on IKS(bagi kerja kat orang..kalau ibu tunggal kasi kerja kat mereka..bukan kasi duit)

and macam2 lagi...kalau nak bagi duit bulat2 mungkin boleh..tapi pleaseeeeeeeeee lah jgn guna duit pembayar cukai.."duit zakat yang korang kutip juta2 setahun tu p mana???"

Kesimpulan
Kita perlukan negara kebajikan..tetapi bukan yang senang2 nak bagi duit kat rakyat..banyak lagi perkara yang boleh memanafaatkan rakyat..institusi zakat kene berfungsi kalau nak tolong2 orang miskin..duit pembayar cukai mesti digunakan secara menyeluruh..bukan orang miskin sahaja..Kita sebagai pengundi jangan biarkan pemimpin kita syok sangat nak bagi2 bantuan cepat ni..jgn sokong orang yang nak populist tetapi sokong orang yang betul2 fikir cara yang baik untuk tolong semua pihak..


Wednesday, November 18, 2009

"TEriMa Aku Seadanya"

"Terima saya seadanya"...wah, bukan biasa ayat itu kita dengar..tak tahu mengapa aku menulis mengenai perkara ini, moga-moga emosi tidak menjadikan aku bias dalam isu ini..

Biasa sekali ayat itu kedengaran apabila kita menyentuh isu-isu seperti hubungan kekeluargaan, suami mahukan isteri menerimanya seadanya, Isteri mahu suami menerimanya seadanya, seorang lelaki mahu teman wanitanya menerima dirinya seadanya,dan perempuan mahu pasangan nya menerimanya seadanya...

telah banyak pengalaman aku lalui dalam masa yang singkat, terserempak beberapa kali dengan ayat ini,samaada pengunaanya menyalahgunakan ayat itu, atau ak yang xsenang untuk menerima perkara itu seadanya...

Perkataan itu bukan sahaja selalu digunakan oleh pasangan kekasih, mahupun orang yang mencari kekasih,ataupun suami kepada isteri atau sebaliknya..terkadang terkeluar juga perkataan itu dari mulut rakan2..

dan sekali lagi aku terkadang berasa jelik dengan perkara itu..ahhhh..mungkin kerana masing2 tidak dapat menerima orang lain dengan seadanya..bukan mudah untuk menerima orang seadanya..dan JANGAN mudah untuk menyuruh orang untuk menerima kita seadanya...

IMPERFECTION
TErlontar keluar ayat tersebut(terima aku seadanya) dari mulut kita kerana kita kadang2 merasakan bahawa diri kita sebagai manusia biasa tidak perfect dan banyak kelemahan..atau mungkin ada diantara kita yang mahu pasangan kita menerima kelemahan kita..NAmun apakah yang boleh kita terima??apakah perkara yang kita xboleh nak paksa orang terima???

apakah itu imperfection???

KElemahan zahir seseorang; sebagai rakan,suami,isteri,atau pasangan yang sedang asyik dibuai cinta..kita perlu terima kelemahan pasangan,atau rakan kita..di mana kelemahan itu di luar kawalan mereka..atau kadang2 kelemahan itu bukan melibatkan sesuatu yang menyakitkan kita..mungkin definisi ini agak bercelaru,jadi saya sertakan beberapa contoh kelemahan yang patut kita terima dan bertolak ansur..let say dalam kes

SUAMI ISTERI

Pasangan suami/isteri perlu menerima kelemahan pasangan mereka dari segi:

1)Fizikal,(ie gemuk,tak handsome,gelap,pendek,suka berdengkur..etc)
2)Financial(kalau suami bergaji RM2000 sebulan jgnlah bermasam muka kalau xdapat sofa baru,terimalah dia seadanya)
3)Kerja:(terkadang pasangan kita terpaksa balik lambat, terima lah dia seadanya)

dan bnyak lagi kelemahan zahir yang boleh dan patut kita bertolak ansur denganya

Sekiranya ada kelemahan yang kita rasa mampu diatasi, maka berbincanglah,selesaikan secara professional..bukan mengambil jalan sendiri,dan membuat keputusan untuk pasangan kita tanpa perbincangan...

BAD ATTITUDE

Apa yang xpatut kita terima/xpatut suruh pasangan kita terima:

BAD ATTITUDE!!!!bad attitude bukan kelemahan!!tapi disability in life..

MALAS, marah2 tanpa sebab(tanpa berbincang), buat keputusan yang menyakitkan diri kita..BOROS..etc

KIta tidak sepatutnya menerima perangai buruk pasangan kita, kerana bukan itu yang patut kita buat,sebaliknya menasihatinya dan berbincang bagi menyelesaikan masalah tersebut...kita juga tidak patut menyeksa pasangan kita dengan memaksa dia menerima perangai buruk kita..ubah..the only disability in life is bad attitude...


XNAK BERBINCANG


BUkan mudah nak menyelesaikan masalah attitude..terkadang, kita dipaksa menerima perangai buruk itu..

"awak,itu diri saya, awak kena terima saya.saya nak orang yang mampu terima saya seadanya"

Xberbaloi untuk bersama pasangan seperti ini..selfish,ego..xmahu mengubah perangai buruk..xmampu cuba untuk mengubah..tak berbaloi...ini apa yang saya baca dalam readers digest bulan lepas..malangnya tak dapat saya nak sertakan dalam post ini dengan lebih lanjut memandangkan tertinggal majalah itu di MAlaysia...

JAngan paksa pasangan TErima perangai buruk kita..itu sahaja yang saya mampu ingtkan diri saya dan pembaca yang pastinya sudah mencapai umur dewasa...JAuhkan ego dari diri kita..JANGAN SALAH GUNAKAN perkataan "terimalah saya seadanya"...

Buang ego dalam diri..

ingatlah kata Hasan Al Basri..

"sesunggugnya KIta ini hanya bilangan"..Semakin hari semakin berkurang umur kita..kalau kita mati umur 60tahun,barangkali sekarang tinggal 40tahun sahaja lagi,apalah sangat hidup di dunia ini mahu kita ego kan..keegoan, sifat buruk, tidak menambah sedikit pun bekal kita di sana kelak..

KAta ahli rohani

"hidup ini ibarat si miskin yang letih lalu dia tidur di tepi kaki lima, tatkala dia tidur,dia bermimpi dia kaya,berkuasa,dan apabila siang,orang kejutkan dia dari tidur,dia sedar dia cumalah si miskin yang tiada apa2"

TAk ada maknanya memaksa orang menerima perangai buruk kita seadanya..kelak nnt bila "di kejutkan" keegoan itu rupanya bukan ada apa pun..dan tatkala itu kita juga seperti si miskin yang tiada apa2...

BErtolak ansur dengan pasangan,rakan sekerja,bos, perkerja..cuba berikan yang terbaik untuk"mimpi" yang sekejap ini..jgn sampai bila "terjaga" kita tidakpunya bekal buat pembelaan di sana kelak.

Wednesday, October 21, 2009

Gelap


Gelap
Apa yang aku lihat hanyalah kegelapan
Mata ini untuk melihat
Tapi apa yang nak dilihat
jika semuanya gelap?

Ini cerita aku
cerita kami
cerita kita
yang hidup dalam kegelapan

Berikan kami cahaya
yang membolehkan kita melihat

Lihatlah sekarang
Bukalah mata

Aku & kamu
apa bezanya?
warna kulitkah?
bahasa pertuturan kah?
budaya?keturunan?
Apa???

Itukan alasan untuk kita bermusuhan?
Jika ya
kami rela dibutakan mata
dari hidup dalam kegelapan



petikan dari cite gadoh..Bes cite ni..nk taw tgk sendiri k

Friday, August 21, 2009

Ahlan Ya Ramadhan


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna

Tuesday, January 27, 2009

virus M

Aku tertarik dengan artikel yang bertajuk 'Singkirkan Virus M' dalam majalah remaja bulan lepas. So aku nak berkongsi serba sedikit apa yang aku baca.Virus M atau Virus MALAS memang sinonim dalam diri kita.Nak g kuliah malas, nak buat assignment malas, nak buat kerja rumah malas, pendek kata semuanya malas.Hah kalau anda alami situasi sebegini, sahlah anda dijangkiti virus M. Tapi kalau dibiarkan virus M ini terus membiak, boleh musnah hidup. Sebabnya virus M ni boleh membawa kita menuju kegagalan. Jom kita tengok apa tips-tips untuk singkirkan virus M ni.

1.Misi & Visi
Apakah yang kamu mahu lakukan untuk hidupmu?Cuba fikirkannya.Kamu boleh mulakannya dengan hal yang kecil sehinggalah hal yang besar.Fikirkan dua misi kecil dan dua misi besar yang mampu kamu capai dalam masa terdekat.

2.Tepuk Tangan
Setiap kali kamu berjaya melakukan sesuatu yang bagi kamu sungguh membanggakan, tepuk tangan untuk diri sendiri.Tujuannya adalah untuk membuatkan kamu bertambah bersemangat untuk berusaha mencapai impian kamu yang seterusnya.

3.Yakin Boleh
Buangkan sikap terlalu merendah diri eperti merasakan diri tidak bijak, atau banyak kekurangan untuk mencapai sesuatu.Sikap ini akan membuatkan anda bertambah malas.Selalu katakan pada diri bahawa kamu boleh,yakin boleh dan yakin boleh.

4.Mengatur Masa
Sekiranya kamu seseorang yang sering memberi alasan tidak ada masa atau terlalu penat setiap kali diminta membuat sesuatu.Kikis perangai tersebut dengan sentiasa melihat teman-teman sekelilingmu. Andai mereka mampu menguruskan pelbagai perkara dalam satu masa, mengapa aku tidak boleh? Kesilapan mengatur masa dengan baik sememangnya menjadi punca utama seseorang menjadi malas.

5.Biografi Orang Terkenal
Perbanyakkan membaca biografi atau kisah hidup orang-orang yang terkenal.Kebanyakan kisah hidup orang yang berjaya pasti terselit kegagalan dan kesilapan yang pernah dilakukan.Setiap kali anda membaca kisah hidup mereka pasti ia akan menjadi inspirasi kepada kamu.

6.Dari Buku
Banyakkan membaca buku motivasi dan cuba ikut sedikit demi sedikit tips-tips yang kamu baca. Memang bukan mudah untuk berubah secara mendadak tetapi biarlah lambat sekalipun yang penting kamu berusaha untuk berubah.

7.Hadiah Untuk Diri
Kebiasaannya kamu beri hadiah kepada orang tetapi apa kata sesekali kamu berikan hadiah pada diri sendiri apabila berjaya singkirkan virus M.

8.Puji Diri
Jangan lupa untuk selalu memuji diri bila kamu berjaya menbuang virus M.Tidak ada salahnya kamu puji diri kamu atas kerajianan dan usaha yang kamu lakukan. Percayalah biarpun usaha yang kamu lakukan itu agak kecil, namun itu tetap membantu kamu untuk kikis virus M dalam diri.

"Tidak ada manusia yang merancang untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal"

Saturday, November 8, 2008

Hasrat



Akhirnya tercapai juga hasratku yang telah sekian lama untuk menulis blog. 'Liku-liku kehidupan' mengungkap seribu satu pengalaman pahit manis perjalanan hidup ini.
"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata."