Tuesday, October 19, 2010

19 oktober 2010

Hari ni 19/10/10
Ada apa dengan hari ni?
Hari ni my besday yang ke-22
Thanks for da wishes
Sama ada yang wish melalui sms atau facebook
Ramai yang mendoakan semoga cepat bertemu jodoh
Amin..


Hari ni jugak
Ada JPJ test
dari pukul 8 da terpacak kat tempat test
sampai la pukul 1 bru turn aku
da la panas terik
seb bek la lulus

Pegi ofis jap, makan
kul 4 bru sampai umah
haih penat sangat
malam ni nak wat slide tuk esok plak
esok SV li nak mai melawat
Uish takot pun ada
Mintak2 la ok esok
kalo gagal sia-sia ja 6 bulan Li
Wish me luck 4 tomorrow

p/s: mode: hepy..dia wish my besday, seperti thn2 sebelum

Friday, October 15, 2010

Ucapan untuk Pengantin Baru

Time hujung tahun macam ni
Memang banyak dapat undangan ke majlis perkahwinan
Sekarang musim kawan-kawan kawen or bertunang


Ada jugak yang bertanya bila nak kawen
Kawen?
Uish belom terpikir lagi bab kawen buat masa sekarang
Sebabnya belum ada calon
Dan yang paling penting aku masih muda
baru 18..ahakz(gile perasan muda)

Banyak lagi benda nak pikir selain dari kawen
Cari kerja
Beli Kereta
Bayar ptptn
dan yang paling penting
Bagi duit untuk mak ayah
Itu lg penting bagi aku

Bercakap pasal kawen ni
Aku nak share artikel
berkaitan ucapan untuk pengantin baru

......................................................................


Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, “Semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mendengar yang demikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”

Mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”


Aqil menjawab, “Katakan Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu. Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, “Apakah ini?”

Abdul Rahman r.a. menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”

Rasulullah s.a.w. bersabda, “ semoga kamu diberkati. Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “

Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.”[3]

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]

Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.


sumber dari iluvislam.com

Monday, October 4, 2010

Kosong

Tinggal 2 bulan je lagi
Pastu dah abih praktikal
Lepas ni kena cari kerja
Job hunting!

Dulu masa belajar da tak sabar2 nak keja
Sekarang bila da merasa suasana kerja macam mana
haa baru la taw
masa belajar la
paling best skali
tak banyak benda nak kena pikir
cuma study je

Tak taw nak gambarkan perasaan skrg ni
Terasa macam bodoh gile pun ada
Benda yang senang pun tak taw buat
Apa yang belajar masa kat U dulu
cuma sikit sangat
sikt sangat sangat
banyak lagi yang kena blaja
blaja blaja dan terus blaja


Terasa demotivated sangat sangat




Saturday, October 2, 2010

Mejik Mejik


Mejik..
Memang mejik..
Mana tak mejik nya
tetiba je aku excited nak tengok wayang cite melayu
Haa tak ke mejik namanya tu...



Ni suma nya gara2 filem MAGIKA
terbitan KRU studios
syabas KRU
memang best tak rugi tengok

Filem Magika ni ala-ala Alice In Wonderland la
konon-konon nya tersesat masuk dalam alam lain
Dan apa yang menarik dalam filem ni sebab
filem muzikal
terasa macam tengok cite Mamma Mia, High School Muzikal


Mengisahkan tentang Malik dan kakaknya Ayu yang tersesat di alam lain
Ayu mencari adiknya yang diculik oleh nenek kebayan
Dan berjumpa dengan pak pandir, puteri gunung ledang,
badang, pahlwan Melaka, orang minyak, bawang putih bawang merah
puteri bunian, penunggu tasik chini...banyak lagi la
Nak taw kena tengok sendirik la
Bagi aku tak rugi tengok cite ni
sebab best

Malik

Ayu

Nenek Kebayan

Puteri Gunung Ledang

Pak Pandir

Mawi sebagai Badang

Bawang Putih Bawang Merah

p/s: tak sabar nak tunggu filem KRU, hikayat Merong Mahawangsa

Friday, October 1, 2010

Jalan jalan cari makan


Da lama tak update blog
Bersawang dah..fuh fuh tiup sikit

Entry kali ni aku nak cerita pasal makan-makan
Ari rabu lepas sempat pegi makan malam di Puncak Mutiara Kafe
excited sebab da lama tak makan ramai-ramai
ye la masing-masing da berkeluarga kan
jarang la dapat kumpul semua skali
tapi adik ngan my bro in law je yang tak de malam tu

Erm nak cite skit apa yang bestnya kat situ
Korang cakap je nak makan apa suma ada kat situ
nak makan daging lembu,ayam, kambing, rusa, arnab, angsa, puyuh suma ada
masakan kampung, western food pun ada



Menu yang di order:
Nasi beriyani kambing
Sup Cendawan
Chicken grill
Masak kicap rusa
sate ayam
sate kambing


Tapi apa yang paling aku suka
.
.
.
.
.
.
.
Romantik sangat tempat kat situ..
I LIKE....huhu


sate ayam + sate kambing


tak sempat nak amik gambar makanan, diorang dah ngap dulu




muka kekenyangan


p/s : Asyik amik gambar orang, gambar sendirik tak de :(