Sunday, January 31, 2010

Ketika Cinta Bertasbih


"Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri menjadi mawar, mengubah cuka menjadi anggur, mengubah sedih menjadi ria, mengubah amarah menjadi ramah, mengubah musibah menjadi muhibah" - Petikan dari filem Ketika Cinta Bertasbih.


Ketika Cinta Bertasbih - Melly Goeslow

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan intaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih
Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta


"Ya Allah jika dia diciptakan untuk ku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku, Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu"

p/s : Biarlah masa yang menetukan

Wednesday, January 27, 2010

Atasi Gementar Ketika Berucap

Memang tak dapat dinafikan perasaan gementar, takut,kurang yakin bila berucap di khalayak ramai.. Tak kisah la berucap dari segi menyampaikan pidato, hatta sewaktu pembentangan di dalam kelas sekalipun.




Tips Atasi Gementar Ketika Berucap

1) Bersedia
Buat persiapan dari segi bahan material yang lengkap semasa membuat pengucapan. Fahamkan isu yang akan diucap.


2) Siapkan diri
Berikan masa untuk berlatih apa yang akan diucapkan. Berlatih depan cermin( ni aku selalu wat waktu mula2 jd mc dulu) berkesan jgk cara ni sbb lebih yakin..


3) Kenal pasti penonton
Ucapkan salam kepada penonton, gunakan panggilan yang betul cnth Yang Hormat Dato', Yang Berbahagia or Yang Berhormat. Jangan sesekali tersalah sebut nama. Sebab sesetengah penonton sensitif terhadap nama.


4) Berfikiran positif
Kekuatan dalaman akan menukarkan perasaan gementar kepada tenaga positif dengan cara memberi perangsang kepada diri bahawa anda boleh melakukannya. Sentiasa yakin bahawa anda boleh melakukannya.


5) Pengalaman
Pengalaman yang lalu membina keyakinan diri dan ini adalah kunci kejayaan semasa memberi ucapan.

Thursday, January 14, 2010

True Malaysian..

"My conclusion is that when you're a true Malaysian, you're a very lonely person.
It is because we're all divided by cliques. And when you're not with one, you're left out"- Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim

Just a short post from me.. tapi harapnya pembaca boleh fikir sendiri apa mesej yang saya cuba hendak sampaikan..

Which one is true Malaysian??
1)orang yang sentiasa memperjuangkan hak minoriti dan menekan kaum majoriti semata2 kerana perjuangan itu lebih populis???orang yang memperjuangkan "samarata" dan Malaysian mengikut definisi mereka sendiri supaya kesamarataan itu favour sesetengah kaum..agar mereka jd lebih popular

2) orang yang memperjuangkan hak kaum majoriti..lantang dengan slogan2nya dan terkadang menimbulkan rasa insecure kepada kaum minority..

3)orang yang sebenarnya cuba membawa kesamarataan kaum dalam erti kata seimbang..keseimbangan..orang yang cuba mewujudkan suatu persefahaman, mencari persamaan antara kaum..ethnic bridge...yang cuba meletakankan dan memahami sensitiviti setiap kaum yang wujud dalam sebuah negara...

GET THE IDEA??

orang yang tergolong dalam golongan pertama dan kedua biasanya adalah dikalangan ahli politik..perjuangan "Malaysian" itu lebih bersifat sentimen dan biasanya boleh mengukuhkan lagi kedudukan mereka....

orang yang tergolong dalam golongan ke 3 sepatutnyalah yang kita sanjung sebagai pemimpin negara..

Di Malaysia saya belum lihat mana2 ahli politik cuba menjadi golongan ke 3.. yang ada cuma golongan pertama dan kedua tetapi tindakan mereka itu dikaburi dengan jenama dan slogan seolah2 merekalah true malaysian...

Ingat, malaysia tidak akan harmoni jika definisi Malaysian itu menggambarkan kelompok pertama dan kedua..sedih sekiranya pemimpin yang dipilih tergolong dalam kelompok pertama dan ke 2...

sebagai rakyat malaysia, jgn mudah kita menerima dakyah2 dari golongan kelompok pertama dan kedua...

Keharmonian dalam Malaysia cuma akan wujud sekiranya kita cuba dan berusaha menjadi kelompok yang ke3..mengenepikan sentimen, mencari persefahaman..

Rakan2 lihatlah dan nilailah orang yang rakyat malaysia sanjung sebagai true malaysian tergolong dalam kelompok mana.. cuba bezakan mereka(ahli politik) dengan ahli2 akedemik seperti Professor Emiritus Dr Khoo Kay Kim, Dr MAZA, dan banyak lagi ahli akedemik yang cuba menjadi ethnic bridge bagi masyarakat Malaysia...

Coretan saya barangkali salah dan barangkali boleh menjadi buah fikiran rakan2..kerana bagi saya, definisi TRUE MALAYSIAN bagi kalangan masyarakat malaysia bukan definisi yang ke 3..tapi definisi yang ke.......fikirkan sendiri....

AS A MALAYSIAN..WE NEED ETHNIC BRIDGE..NOT ETHNIC CHAMPION...

Tuesday, January 12, 2010

Global Warming ie Climate Change..Malaysian, its time to change!!!!

11 January 2010, tatkala isu membakar gereja kian hangat. Barangkali tumpuan di Malaysia tidak terarah kepada isu global warming. Tidak satu MP pun yang menjadi tunggak kepada kempen STOP Climate change di Malaysia. Maklumlah rakyat Malaysia tidak mengambil kisah mengenai global warming.

Di Malaysia kesan terhadap climate change tidak begitu di rasai. Kempen oleh kementerian alam sekitar tidak kedengaran. Di pihak pembangkang barangkali isu jet, Teoh Beng Hock, Altantuya, Isu Nama Allah lebih boleh digunakan untuk memburuk2kan kerajaan sedia ada. Andainya kita punyai seorang shadow minister(enviroment) yang bagus, barangkali menteri sedia ada sudah kena letak jawatan.

Saya tidak mahu mengulas lebih bnyak mengenai budaya politik Malaysia, namun saya mahu menarik perhatian pembaca terhadap suatu isu yang sebenarnya hangat di perbincangkan di Dunia namun suram di Malaysia.

Global Warming and Copenhagen

Rasanya masih baru lagi persidangan menteri2 dunia mengenai climate change di Copenhagen. Rakyat Malaysia tidak begitu mengambil peduli tentang outcome persidangan tersebut namun di United Kingdom isu ini mendapat liputan meluas di media tempatan. Aktivis serta pelajar University berkumpul di hadapan Parlimen bagi mengesa pemimpin dunia bertindak bagi menghentikan climate change.

Persidangan di copenhagen di anggap gagalbagi sesetengah pihak memandangkan ada delegasi2 negara yang tidak dapat bersetuju dengan langkah menangani global warming. NAh!!! biarkan mereka..Tanpa mereka saya fikir, rakyat Malaysia dan dunia umumnya boleh bertindak dan mengambil inisiatif sendiri menghentikan climate change..

Climate change; Malaga to Birmingham


Penulis bersama rakan2


Rabu lepas saya berpeluang melancong ke spain, negara yang saya fikir menempatkan banyak tempat bersejarah bagi umat Islam. Perjalanan saya bermula dari London ke Madrid, kemudian kami turun keselatan spain, andalus province. Dari Madrid kami ke Cordoba,kemudian dari Cordoba kami melawat Alhambra di Granada dan Malaga merupakan destinasi terakhir kami di spain.

Tidak berpatah balik ke Madrid kami mengambil penerbangan tambang murah dari Malaga ke Birmingham International Aiport. Malaga merupakan suatu kawasan persisiran pantai yang cantik dan menarik. Dari bukit Gibralfaro jelas keindahan laut Meditereanean yang terbentang luas. Suhu di Malaga amat selesa, 18 darjah celcius, saya mampu berpakaian hanya sehelai t-shirt tanpa apa2 baju sejuk. Di eropah suhu 15 ke atas sudah dikira panas.

Penangan climate change sudah dapat saya rasakan di Malaga, bukan kerana suhunya, tetapi flight yang delay. Alhamdulillah cuma sejam. MEngapa delay??? snow chaos in Britain. MEdia sepanyol melaporkan ribut salji yang berlaku di England, namun saya tidak faham bahasa spain. Lagipun kami keletihan dan cuma mengharapkan tidur yang cukup di hotel. Sebelum ini, kira2 18 Disember, lawatan kawan saya ke Eindoven Holland terpaksa di batalkan kerana ribut salji di Holland dan German.

Sesampainya saya di Birmingham, kedengaran suara pilot mengumumkan waktu tempatan dan suhu ketika itu. OMG its -7??in Birmingham it is sumthing unusual to have -7. Its f freezing. dan di sesetengah tempat di highland(scotland etc_ suhu mencecah -22 degree celcius. This is Climate change. Suhu pada musim sejuk menjadi terlalu sejuk. dan di kawasan hemisfera selatan suhu menjadi terlalu panas.

Musim panas 2009; Birmingham

Menyingkap kembali kenangan tinggal di UK ketika musim panas, barangkali lebih panas dari Malaysia. Kebetulan saya berkerja di local school as a student teacher pada musim panas lalu, maka tidak berkesempatan untuk pulang ke Malaysia lebih awal.

Suhu panas terlampau mencecah 40degree celcius. Dan antara tanda climate change yang paling ketara adalah banjir dibeberapa tempat di England. Sesetengah kawasan sangat panas dan sesetengah kawasan banjir. sudahlah rumah xda aircond, sekolah tempat placement pun xda aircond, bas xda aircond, train xda aircond. Panas yang teramat.

Malaysia?

Malaysia ada je petanda climate change, tp orang wat xtaw. banjir besar kat sesetengah negeri, itulah petanda climate change. kerosakan bumi adalah disebab kan tangan2 manusia yang rakus.

Bila ada banjir besar barangkali ada orang fanatik politik kata bala tuhan nak kena kat parti lawan lah, salahkan orang len wat maksiatlah..padahal tak sedar kerosakan bumi disebabkan oleh tangan kita sendiri..bukankah bencana alam itu seharusnya menjadi pendorong untuk kita berubah dan menilai diri sendiri dari menilai orang lain??

Langkah to stop Climate Change:(for us)

1) Save energy; tutup lampu bilik, corridor,tandas even kita dah bayar. Ketahuilah kalau kita jimat tenaga kita juga dapat kurangkan pelepasan gas rumah hijau dari janakuasa arang batu. ingat stesen janakuasa kat malaysia pakai arang batu kebanyakan nya.

2)guna semula plastik; bila p supermarket, bawa plastik sendiri dari rumah, bila nak packing barang jgn pakai plastik yang supermarket kasi free..tapi pakai yang kita bawa dari rumah.

3)jalan kaki p kuliah, kedai yang dekat2..kurangkan pakai kenderaan bermotor, selalu berbasikal(kat msia paling condusif sekali nak berbasikal tak macam england sejuk terlampau sejuk, panas terlampau panas..jalan licin etc)
Note that; bukan kata student UK je nek basikal, pensyarah saya pun nek basikal,tua dah..hahaha..datuk bandar london nek basikal p kerja, david cameroon(oppposition leader) nek basikal p kerja(dah 2 kali basikal kene curik)....

4) shut down computer bila keluar bilik instead of letak dalam sleep mode je..

5)kalau nak wat kopi, boiled cukup2 1 cawan air je..ops..for malaysian boiled bnyak2 xpe..for uk air masak minum air paip je

6) bagi yang memandu kurangkan jarak memandu 5 batu sebulan..in other words parking jauh2, then jalan kaki..thats can stop climate change.

7)tutp aircond/kipas/heater bila xda sape2 dalam bilik.

8)pernah dengar perkataan recylce???

9)instead of pakai plastik korang leh guna beg kain untuk shopping..hentikan guna plastik..

other thing is,

10) kempen pada kawan2..tulis dalam blog pasal climate change..saya dah rasa suhu sejuk dan panas melampau..saya dah xsanggup lagi nak duk diam..saya dah bertindak..anda???

11)galakan or kempen kepada MP/kerajaan/pembangkang tuk mula gunakan tenaga nuclear bagi menjana electric..untuk pengetahuan, tenaga nuclear adalah tenaga paling bersih kat dunia.. hidroelectric??oh no, berapa banyak pokok nak kene musnah sebab nak jana kuasa electrik

12)MPP university, kalau bleh anjurkan aktiviti melibatkan Climate change, tunjuk perasaan aman ke, ahli uni leh cadang kat wakil MPP OK???

Akhir sekali, sebarkan mesej ni, bukan post ni..hahaha..mesej menghentikan climate change..pleaseeeeeeeee!!!!!I'm freezing rite now!!!help me...kempen dan teruskan berkempen untuk semua..sape2 yang ada blog.please use your blog untuk kempen...GO GREEN!!!!!!

Friday, January 8, 2010

Komen Mengenai Pengunaan Nama Allah

Saya baru pulang dari lawatan ke sepanyol. Agak letih namun terlalu bnyak pengalaman yang boleh saya kongsikan di dalam blog ni,barangkali akan datang jika Allah memberi kelapangan kepada saya.

Berikut adalah komen saya kepada post Izzah mengenai bantahan terhadap keputusan mahkamah tinggi berkenaan pengunaan nama Allah.

1) sebaik kepulangan saya dari spain, topik ini memang menjadi perbualan saya dengan rakan,sedikit hangat di sertai dengan pandangan kami mengenai tauhid tiga.

2)saya juga amat tertarik dengan artikle dan pandangan dr maza..namun begitu, pandangan dr maza barangkali boleh di nilai dengan lebih teliti melalui pandangan Ustaz Zaharudin.

LArangan pengunaan nama Allah, Ulasan Ringkas(Ust Zaharudin)

Isu nama Allah;Garis panduan pengunaan oleh non muslim (Dr MAza)

3) saya tidak cenderung untuk menyuarakan sebarang bantahan mengenai Isu ini, barangkali saya melihat orang melayu terutamanya suka melatah tanpa meneliti isu hukum dan implikasi. Saya juga lebih cenderung untuk menerangkan serta mendalami isu ini dengan lebih teliti berbanding membuat bantahan membuta tuli.


4) Jika kita baca post Dr Maza barangkali kita fikir boleh di benarkan non muslim mengunakan nama Allah, namun kita barangkali perlu menilai dari segi sudut siasah syari'yyah yang digaris kan oleh Ustaz Zaharuddin

5) Walaupun hukum nya harus(rujuk drmaza n ustaz zaharudin)..secara peribadi saya tidak melihat apa2 keperluan untuk orang bukan Islam menggunakan nama Allah.

"Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk UK dan Vatican City di Itali TIDAK MENGGUNAKAN kalimah Allah untuk God, malah negera-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama Allah ini. Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah diskrip menggunakan kalimah Allah bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya"Ustz zaharuddin.


Kesimpulan;

Isu ini bukan sekadar isu hukum penggunaan nama Allah, tetapi lebih kepada isu yang membabitkan hal2 kestabilan agama dan kaum di Malaysia. Sebarang bantahan tidak seharusnya menggambarkan bahawa Islam tidak membenarkan pengunaan nama Allah bagi bukan ISlam, Kerana sememangnya dari segi dalil, di benarkan(rujuk DRMAZA,UStaz Zaharudin). Namun bantahan perlu di buat dengan agar pihak mahkmah tinggi sekurang2nya meletak syarat yang ketat bg pengunaan nama Allah bagi non muslim(dengan mengambil kira implikasi). Sebagaimana yang saya katakan td,saya masih belum melihat mana2 keperluan bagi non muslim menggunakan nama Allah. Melayu khususnya jgn cepat melatah dah marah mengenai isu ini tetapi perlu menyelesaikanya mengikut jalan yang di benarkan.

Wednesday, January 6, 2010

Tips Menjadi Kedekut

Time awal2 sem nie memang suka kan shopping sbbnya duit pt,JPA baru masuk..Sekarang memang la seronok, tapi kalo x berjimat, erm jawabnya kering la poket hujung2 sem nanti..
So azam aku tahun ni nak jadi kedekut..huhu..Tapi sebelum tu, ada beberapa perkara yang kena wat;

Tips Menjadi Kedekut

1) Beli barang yang perlu saja
erm ni masalahnya..sebelum shopping bkn men lagi wat list barang ape yg nak beli, tp ble g shopping alih2 benda yg x sepatutnya beli pun terbeli jugak..So ingat pasni kalo nak beli barang, tanya pada diri sendiri 'perlu ke beli barang ni' kalo xperlu, JANGAN BELI..


2) Berbelanja sewaktu jualan murah
Haa ni aku selalu wat..Shopping bile ade sale je..tp masalahnya bile ade sale beli punya la banyak..Hai sama jela ngan beli barang yang mahal..So ingat pasni beli time jualan murah, JANGAN BELI BANYAK..



3) Simpan untuk Hari Sesak

Dapat je duit ptptn or biasiswa terus simpan dalam ASB ke, bagi mak ayah simpan ke..Sebabnya kalo asyik nampak duit depan mata mesti asyik nak shopping je kan..Ingat LANGIT TAK SELALU CERAH, NASIB TAK SELALU DISEBELAHI TUAH!


4) Tawar-menawar

Jangan berat mulut tuk tawar-menawar..
tapi JANGAN BUAT NI DI SHOPPING COMPLEX..


5) Jangan mudah kesian
Penah x korang beli barang sebab kesian? Ni situasi yg selalu berlaku kt aku."dik mintak kasut ni saiz 5"..bile pakai ketat, mintak plak si pekerja tu g amik saiz 6..erm x berkenan plak..try kasut len plak..da try 3-4 pasang kasut, erm stil xberkenan..tp dalam ati 'kesian plak dia da byk kali g amik kasut, erm amik la sepasang'..
Haaha pelik kan aku ni..So pasni JANGAN MUDAH KESIAN


p/s Jangan jadi pemurah dengan menghabiskan wang kita di Megamall,KP, ECM dan kawasan2 yang sma waktu dgnnya

Tuesday, January 5, 2010

Bantahan terhadap keputusan mahkamah tinggi

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya benar-benar menggemparkan umat Islam di Malaysia.

Perkara-pekara yang perlu diambil perhatian :
  1. Nama Allah tidak boleh dipanggil melainkan hanya kepada tuhan yang sebenar. Maka dengan itu tiada pihak yang boleh menamakan sekutu-sekutu Allah yang didakwa oleh manusia sebagai tuhan atau perantara tuhan sebagai Allah. Ini seperti memanggil berhala, atau batu, atau patung, atau manusia dengan panggilan Allah. Jika ini berlaku, muslim memang wajar menentang dan membantah. Musyrikin Quraish yang memanggil tuhan sebenar Allah tetapi mensyirikkanNya, pun begitu tidak menamakan berhala mereka dengan nama Allah, sebaliknya menamakan berhala-berhala mereka dengan panggilan al-Lata, al-‘Uzza, Manat dan seumpamanya.

  2. Manusia memang sewajar memanggil tuhan yang sebenar Allah. Ini juga membuktikan ajaran Islam yang memanggil tuhan ‘Allah’ itulah yang benar. Maka, tidak mengapa, bahkan sepatutnya semua manusia tanpa mengira agama menyatakan “Allah yang menciptakan alam”, “Allah yang menurunkan hujan”, “Allah menyuruh kita melakukan kebaikan” dan seumpamanya. Perkataan-perkataan itu benar. Adalah tidak wajar seorang muslim membantah apabila mendengar bukan muslim menyatakan perkara seperti itu. Bahkan al-Quran menyebut: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

  3. Jika mereka akur Allah adalah Tuhan sebenar, lalu mereka memanggilnya dalam ibadat mereka maka seorang muslim tidak boleh mengganggu urusan ibadah agama lain. Walaupun Islam mempertikaikan kesyirikan mereka, tetapi kebebasan beribadah adalah hak setiap agama.

  4. Bukan muslim tidak boleh menggunakan nama Allah untuk penyebaran dakyah yang menghina Islam. Ini seperti mempersendakan Allah dalam sebaran kepada masyarakat Islam atau mempermain-mainkan nama Allah dalam tulisan, lukisan, filem dan seumpamanya seperti yang sering berlaku dalam masyarakat Barat.

  5. Bukan muslim tidak boleh memputarbelitkan ajaran Islam dengan mempergunakan nama Allah sebagai umpan. Tindakan provokatif seperti itu wajar diambil tindakan tegas. Adalah menjadi prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh Islam bahawa tiada siapa pun boleh memutar belitkan maksud ajaran pihak lain. Orang Islam juga tidak boleh memutarbelitkan ajaran agama lain.

  6. Menyebut nama Allah dalam pergaulan antara muslim dan bukan muslim dengan cara yang hormat dan mengagungkan Allah seperti bukan muslim menyebut kepada muslim “semoga Allah merahmati kamu”, atau “semoga Allah memberi rezeki kepada kamu” adalah diizinkan. Bahkan itulah yang sepatutnya. Nabi s.a.w ketika membuat perjanjian dengan Quraish Mekah juga masing-masing menggunakan nama Allah seperti hadis Muslim: Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.
sumber dari http://drmaza.com/home/

Sama-samalah kita menyuarakan bantahan terhadap penggunaan kalimah Allah dalam Herald-The Catholic Weekly .Sila klik untuk tandatangan petisyen

http://www.muslimconsumer.org.my/herald/index.php