Monday, August 24, 2009

Tersebutlah alkisah

Lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku! Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!" Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing". Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA. Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan?Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..." Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban kemalangan. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan. ........................................................................


Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.... Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Sunday, August 23, 2009

Nur Kasih



Penah tengok tak cite Nur Kasih, setiap ari jumaat kat tv3? Dulu aku pun tak layan. Tak penah taw pun ade cite Nur Kasih ni.Biasala dok UMP nak tgk tv jarang skali la. Kat bilik rumate2 aku dok cite pasal cite Nur Kasih, balik umah mak ngan kakak aku dok cakap pasal cite Nur Kasih. Cite ape la Nur Kasih ni kan sampai suma org dok bising2. Bila balik umah seminggu sebab cuti H1N1 ritu kebetulan sempatla tengok cite Nur Kasih.Tu pun da episode 9. First time tengok terus jatuh cinta ngn cite ni. Best sangat.

Air tangan Kabir Bhatia ternyata tidak mengecewakan mcm drama dan filem sebelum2 ni cnth Kekasihku Seru, Sepi, cite terbaru Tower 13 ngn Setem belum sempat layan. Unsur nasihat elemen kekeluargaan banyak ditonjolkan dalam dalam drama Nur Kasih nie. So kepada yang belum tengok, gla tengok setiap Jumaat kul 9 malam tv3. Best..



OST Nur Kasih by Yassin


Lewat ini ku rasakan

Kasih kian ku dambakan

Resah hati yang ku pendam

Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan

Siapa tahu ketentuan

Ku mencari cahayanya

Dalam bayang kegelapan

Nur kasih

Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan

Lain hukum setiap insan

Mengharapkan perjalanan

Dalam maya kesamaran

Nur kasih

Nur kasih

Aku kembali kerana masih

Mencari yang hakiki

Sinar pasti

Janji suci yang abadi

Ooo kasih

Nur kasih

Oh nur kasih

Nur kasih

Aku kembali kerana

Masih mencari yang hakiki

Sinar pasti

Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih

Nur ya nur kasih

Nur nur kasih

Nur kasih

Friday, August 21, 2009

Deklarasi Mahasiswa UMP!Ayuh Himpunan Mahasiswa Solidariti Bersama

Tarikh 21 Ogos merupakan Hari Al-Quds Sedunia. Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam terhadap masjlid Al-Aqsa.
Sebagai usaha kepedulian kita, maka Hari Memperigati Al-Quds merupakan sebuah gagasan yang akan menjadi simbol solidariti, satu public speaking akan diadakan seperti tetapan berikut :

Tarikh : 21 Ogos 2009
Masa : 2 petang
Tempat : Dataran mahasiswa (depan kafeteria kk1)

Ahlan Ya Ramadhan


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna

Monday, August 10, 2009

Kes Maut H1N1 meningkat 32

Lima lagi mati, kes terkumpul hidap Influenza A bertambah 1,983 orang

KUALA LUMPUR: Lima lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) disahkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian meningkat kepada 32 orang di seluruh negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata sejumlah 203 kes baru H1N1 dilaporkan dengan semuanya adalah kes tempatan membabitkan rakyat Malaysia, menjadikan jumlah terkumpul kes H1N1 bertambah kepada 1,983 kes. "Daripada lima kematian itu, hanya satu kematian yang berlaku pada 9 Ogos, manakala yang lain adalah kematian yang berlaku terdahulu dan hanya disahkan secara rasmi ada kaitan dengan jangkitan H1N1 pada 7 dan 8 Ogos.

"Tarikh kematian sebenar lima kes itu adalah dua kematian pada 5 Ogos, diikuti dua kematian pada 8 Ogos dan satu kematian pada 9 Ogos. Majoriti kes kematian membabitkan mereka yang berisiko tinggi seperti berpenyakit kronik dan warga tua," katanya dalam satu kenyataan, semalam. Beliau berkata, seramai 67 pesakit sedang dirawat di hospital dan 15 lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). "Daripada 15 kes yang berada di ICU, enam daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu tiga kes mempunyai penyakit kronik dan masing-masing satu kes obesiti, selepas bersalin dan bayi," katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta pesakit dan mereka yang mempunyai hubungan dengan pesakit H1N1 supaya mematuhi arahan kuarantin yang dikeluarkan. "Jika mereka tidak mengikut arahan, ia akan membahayakan orang lain dan menyebabkan penularan yang lebih teruk," katanya. Berikutan kes yang semakin meningkat, beliau berkata, kementerian akan mendapatkan bantuan doktor di hospital dan klinik swasta membantu merawat pesakit H1N1 serta melaporkan segera kes berkenaan. "Rakyat jangan panik kerana kadar kematian penyakit ini sangat rendah dan kematian banyak membabitkan golongan berisiko. Keadaan wabak ini juga masih terkawal.

"Apa yang penting, semua pihak perlu menjaga kebersihan dan mengambil langkah tertentu seperti kuarantin diri, elak berkunjung ke tempat awam dan dapatkan rawatan segera jika mempunyai tanda wabak," katanya.