Wednesday, January 28, 2009

Besday


Bulan Januari pun bakal meninggalkan kita. So nak wish Happy belated birthday yang ke 21 buat rakan-rakan yang lahir bulan Januari.
  1. Angah ( 1 Jan)
  2. Achik (3 Jan)
  3. Alang (13 Jan)
  4. Mint & Azzah (21 Jan)
  5. Senol ( 27 Jan)
Happy belated birthday & wish you all the best, good luck & happy always.

Sikap Yang Perlu Dijauhi

Perempuan biasanya akan melakukan apa sahaja yang dirasakan betul mengikut kehendak sendiri.Tetapi terdapat sikap perempuan yang tidak disukai lelaki.

1. Tidak Pernah Puas
"Hari tu kan dah beli.Ni nak beli lagi?Bukan ke baju warna ni dah ada?" Lelaki tidak pernah habis berfikir mengapa perempuan memerlukan sesuatu benda atau barang lebih dari satu!

2. Membebel
Apa yang paling sukar difahami oleh lelaki apabila perempuan tidak habis-habis membebelkan seseorang! Jika kamu memiliki sikap ini, eloklah berubah kerana lama-kelamaan tidak mustahil si dia akan naik muak!

3. Menangis
Lelaki paling tidak suka melihat perempuan menangis. Situasi ini akan membuatkan mereke beras bersalah, sekaligus bingung memikirkan apa yang membuatkan kamu beria-ia menangis.

4. Perasaan Ingin Tahu
Didorong oleh perasaan ingin tahu yang meluap-luap membuatkan kita tidak henti-henti mempersoalkan. "Kenapa ni, diam je?" Pertanyaan inilah yang sering diajukan oleh perempuan. Jika pertanyaan tersebut tidak dilayan, kita akan terus bertanya, "apa yang difikirkan lagi?" Pada hal ada ketikanya lelaki hanya ingin berdiam diri sahaja dan langsung tidak memikirkan apa-apa.

5. Tidak Ada Baju
Lelaki tidak pernah habis berfikir tentang baju dan kasut perempuan yang penuh sealmari. Lebih-lebih lagi apabila kita asyik menyatakan kita tidak mempunyai banyak baju untuk ke kuliah/pejabat. Lelaki juga tidak ernah faham dengan sikap kita yang merasakan baju yang sudah dipakai ke suatu majlis tidak boleh dipakai lagi ke majlis-majlis yang lain, sedangkan kita sebenarnya takut bertembung dengan orang yang sama di majlis tersebut.

6. Uji DayaIngatan
Lelaki tidak suka dengan sikap perempuan yang suka menguji daya ingatan mereka terhadap memori lalu. "Bilakah kali pertama kita berjumpa"-"Waktu itu saya pakai baju apa ye?"- Sekiranya di sia tersalah jawab, biasanya kamu akan marah.Jika si dia terlupa, sudah tentu kamu mengganggapnya kurang memberi perhatian terhadap kamu.

7. Alasan
Lelaki berasa serba salah jika anda memintanya menjelaskan alasan sesuatu yang dilakukannya. Ada kalanya mereka melakukan sesuatu tanpa alasan tertentu.

8. Berbelanja
Bershopping merupakan satu-satunya aktiviti yang tidak digemari oleh kebanyakan lelaki. Itulah sebabnya mereka sebenarnya tidak suka apabila diminta untuk menemani kita bershopping, terutama apabila ada sales besar-besaran. "Alamat berjanggutlah aku tunggu." - "Ish malasnya nak ke sana mesti susah nak parkir kereta."

Tuesday, January 27, 2009

virus M

Aku tertarik dengan artikel yang bertajuk 'Singkirkan Virus M' dalam majalah remaja bulan lepas. So aku nak berkongsi serba sedikit apa yang aku baca.Virus M atau Virus MALAS memang sinonim dalam diri kita.Nak g kuliah malas, nak buat assignment malas, nak buat kerja rumah malas, pendek kata semuanya malas.Hah kalau anda alami situasi sebegini, sahlah anda dijangkiti virus M. Tapi kalau dibiarkan virus M ini terus membiak, boleh musnah hidup. Sebabnya virus M ni boleh membawa kita menuju kegagalan. Jom kita tengok apa tips-tips untuk singkirkan virus M ni.

1.Misi & Visi
Apakah yang kamu mahu lakukan untuk hidupmu?Cuba fikirkannya.Kamu boleh mulakannya dengan hal yang kecil sehinggalah hal yang besar.Fikirkan dua misi kecil dan dua misi besar yang mampu kamu capai dalam masa terdekat.

2.Tepuk Tangan
Setiap kali kamu berjaya melakukan sesuatu yang bagi kamu sungguh membanggakan, tepuk tangan untuk diri sendiri.Tujuannya adalah untuk membuatkan kamu bertambah bersemangat untuk berusaha mencapai impian kamu yang seterusnya.

3.Yakin Boleh
Buangkan sikap terlalu merendah diri eperti merasakan diri tidak bijak, atau banyak kekurangan untuk mencapai sesuatu.Sikap ini akan membuatkan anda bertambah malas.Selalu katakan pada diri bahawa kamu boleh,yakin boleh dan yakin boleh.

4.Mengatur Masa
Sekiranya kamu seseorang yang sering memberi alasan tidak ada masa atau terlalu penat setiap kali diminta membuat sesuatu.Kikis perangai tersebut dengan sentiasa melihat teman-teman sekelilingmu. Andai mereka mampu menguruskan pelbagai perkara dalam satu masa, mengapa aku tidak boleh? Kesilapan mengatur masa dengan baik sememangnya menjadi punca utama seseorang menjadi malas.

5.Biografi Orang Terkenal
Perbanyakkan membaca biografi atau kisah hidup orang-orang yang terkenal.Kebanyakan kisah hidup orang yang berjaya pasti terselit kegagalan dan kesilapan yang pernah dilakukan.Setiap kali anda membaca kisah hidup mereka pasti ia akan menjadi inspirasi kepada kamu.

6.Dari Buku
Banyakkan membaca buku motivasi dan cuba ikut sedikit demi sedikit tips-tips yang kamu baca. Memang bukan mudah untuk berubah secara mendadak tetapi biarlah lambat sekalipun yang penting kamu berusaha untuk berubah.

7.Hadiah Untuk Diri
Kebiasaannya kamu beri hadiah kepada orang tetapi apa kata sesekali kamu berikan hadiah pada diri sendiri apabila berjaya singkirkan virus M.

8.Puji Diri
Jangan lupa untuk selalu memuji diri bila kamu berjaya menbuang virus M.Tidak ada salahnya kamu puji diri kamu atas kerajianan dan usaha yang kamu lakukan. Percayalah biarpun usaha yang kamu lakukan itu agak kecil, namun itu tetap membantu kamu untuk kikis virus M dalam diri.

"Tidak ada manusia yang merancang untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal"

Thursday, January 1, 2009

Punca Manusia Hidup Tidak Tenteram



SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.


Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! “Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”



Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup.


Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:


# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.


# Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.


# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.


# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya.

www.iluvislam.com